Salam 1 Malaysia.Semalam semasa pulang ke Ipoh,saya terlupa untuk membawa pengecas telefon.Jam menunjukkan pukul 1.15am dan bateri telefon bimbit saya telah memberi isyarat.Baterinya lemah.Saya merungut dalam hati."Aduh...macamana ni?nak keje lagi,nak mesej die lg"...Tiba-tiba satu akal yang kurang bijak tapi berhasil terlintas di fikiran.Saya teringatkan charger Motorola C380 yang putus.Saya mengambilnya dan membuat penjaluran.Saya keluarkan bateri telefon bimbit saya (Motorola V6) dan menyambungkan wayar tersebut kepada kutub bateri saya.Selepas itu saya baring seketika di atas katil,kerana kepenatan dan saya tertidur!!Apabila saya bangun pagi pada pukul 12.30,saya lihat bateri itu masih dalam keadaan 'baik'."Fuh,selamat aku" detik hati saya.Saya menanggalkan wayar tersebut daripada bateri,dan memasukkan bateri tersebut kedalam telefon bimbit.Alhamdulillah...telefon saya telah tercas sepenuhnya!Dapatlah saya mesej dengan si dia.Akan tetapi,tempoh saya berada di Ipoh ialah seminggu.Saya memang tidak mempunyai wang kerana elaun saya tidak masuk ke akaun saya lagi.Cara ini boleh digunakan dalam jangka waktu yang pendek sahaja!Erm....
Kenapa saya berani berbuat demikian?
1)Kerana pengecas saya adalah dari jenama yang sama.
2)Output pengeluaran kuasa adalah sama.
3)Bateri saya tidak pernah lagi melakukan seperti cerita saya di atas. :)
Apa yang saya risaukan dan risikonya.
1)Bateri saya akan mengelembung.
2)Kemungkinan bateri akan Meletup! tinggi.
Langkah keselamatan
1)Saya menjauhkan bateri tersebut dari segala benda yang mudah terbakar dan dalam jarak selamat.
Saya nasihatkan anda tidak perlu mengikut cara saya kerana ia berisiko.Kalau nak cuba juga,lihat video di bawah.Caslah menggunakan bawang!Pelik kan? Cubalah!
No comments:
Post a Comment