Saya mempunyai sebuah telefon pintar model Samsung Galaxy Young GT-S5360 yang 'hang' semasa ingin dihidupkan.Masalah ini boleh terjadi selepas kita mengemaskini/update sistem dan sistem tidak akan beroperasi walaupun kita 'reboot' berulang kali.
Masalah yang saya hadapi tidak selesai setelah saya menggunakan 'Recover Mode' dengan melakukan factory reset dan wipe cache partition. Semuanya tidak berhasil dan sistem masih lagi 'hang' dan tidak beroperasi.
Recovery Mode Cara untuk memasuki recovery mode adalah dengan kombinasi butang Home + Volume Up + Power serentak. |
Sistem tidak dapat 'run' dengan sempurna.Masih stuck di sini. |
Tetapi terdapat cara untuk kita melakukan Hard Reset atau Format semula telefon ini.Apa yang perlu anda ada dan sediakan adalah :
- Firmware | Link : Klik untuk download Firmware Samsung Galaxy Y GT S5360 (For Malaysia). Model telefon yang lain mempunyai Firmware yang tersendiri.
- Software ODIN | Link : Klik untuk download perisian ODIN untuk Samsung Galaxy Y GT S5360. Model yang lain harus mencari perisian ODIN yang support untuk model telefon anda.
- PIT File (Totoro) | Link: Download TOTORO.pit. Totoro ini diperlukan bersama perisian ODIN.
Perisian ODIN juga memerlukan fail seperti :
- BOOTLOADER.tar.md5
- PDA.tar.md5
- PHONE.tar.md5
- CSC.tar.md5
- Dan TOTORO.pit
Perisian ODIN khas untuk model GT-S5360 |
Fail di atas boleh didapati di dalam firmware yang dimuat turun di dalam zip/rar file.
Firmware yang telah dimuat turun.Extract atau keluarkan ketiga-tiga fail .tar.md5 ke dalam mana-mana folder |
Launch perisian ODIN dan masukkan fail totoro.pit yang telah dimuat turun tadi.
Fail totoro.pit |
Fail pda,phone dan csc yang telah dikeluarkan dari firmware yang dimuat turun tadi bolehlah dimasukkan dan pada aplikasi ODIN. Masukkan bootloader menggunakan fail PDA.tar.md5 yang sama sekali lagi yang telah dimasukkan sebelumnya tadi di butang PDA.
Pada gambarajah di atas,Uncheck bahagian Re-Partition. Pastikan fail yang tertentu telah dimasukkan di ruangan PIT,BOOTLOADER,PDA,PHONE DAN CSC.
Paparan setelah dimasukkan fail yang diperlukan |
Pastikan telefon anda telah memasuki download mode atau ODIN mode menggunakan kombinasi butang Home + Volume Down + Power yang ditekan serentak. (press and hold).
Tekan Volume Up untuk masuk ke mode ODIN |
Download Mode/ODIN Mode |
Setelah selesai memasuki ODIN Mode pada telefon,sambungkan kabel USB antara telefon dan komputer.
Kabel USB disambungkan |
Pada bahagian ID:COM telah bertukar kuning menandakan telefon anda telah berjaya dihubungkan dengan perisian ODIN. |
Setelah selesai dihubungkan dan semua fail telah dimasukkan,tekan butang START.
Setelah menekan butang start,ruangan ID:COM mempunyai loading bar menandakan proses sedang berjalan.Pada ruangan bawah pula menunjukkan perincian fail yang sedang dipindahkan. |
Tunggu sehingga proses di peringkat akhir. Jika proses berakhir dengan jayanya,ruangan hijau bertulis PASS! akan tertera pada aplikasi ODIN.
Proses hard reset telah berjaya |
Anda boleh memutuskan sambungan USB dan ikut arahan pada telefon anda untuk proses selanjutnyan seperti penetapan bahasa dan sebagainya. Setelah habis melalui proses ini,telefon anda boleh digunakan sepenuhnya.
Telefon telah berjaya diformat |
SELAMAT MENCUBA!
NANTIKAN POSTING AKAN DATANG !!
- DIY : FORMAT TABLET ANDROID HANYA DENGAN MICRO SD CARD
- DIY : MENGATASI SHORT DISTANCE LENS BLUR KAMERA TELEFON
- DIY : MENGUATKAN GELOMBANG RADIO FREKUENSI GPS DENGAN ANTENNA WIFI
- DIY : MENGGUNAKAN SEMULA RADIO KERETA TERPAKAI MENJADI PEMAIN MEDIA RUMAH
- DIY : PENGUBAHSUAIAN LAMPU PANEL METER KERETA