Assalamualaikum..saya ingin berkongsi sesuatu info yang baru sahaja saya temui apabila meter mileage saya tidak berfungsi/bergerak untuk merekodkan jarak perjalanan kenderaan.
Hal ini penting kepada saya supaya saya boleh menganggar kapasiti petrol dan jarak perjalanan apabila meter minyak tidak menunjukkan kapasiti petrol dengan tepat apabila jarum meter minyak hampir dengan E.
Saya memiliki sebuah proton iswara keluaran tahun 2000 dan apabila meter minyak pada paras merah,kereta masih lagi boleh berjalan lebih kurang 50km.Dengan sekali isian bernilai RM10 kereta saya boleh bergerak sejauh 50km.Kadang-kadang tidak sampai 50 km cuma 40km kerana gaya pemanduan memainkan peranan dalam penjimatan petrol.
Kita dapat menjimatkan kos tanpa perlu menukar odometer yang baru.Hanya perlukan sedikit sentuhan pada belakang speedometer.
Ok,mari kita mengesan masalah dan perbaikinya :
|
Inilah komponen pada bahagian Speedometer.Nampak dengan jelas susunan nombor
yang merekodkan Mileage.Bahagian hijau itu adalah gear yang memacu pergerakan
mileage tersebut. |
|
Masalah yang sering dihadapi adalah hanya gear yang berwarna hijau tersebut bergerak tetapi tidak menggerakkan
batang shaft tersebut.Inilah punca tenaga ataupun daya tidak sampai kepada komponen mileage.Tetapi dalam kes saya,bukan gear hijau yang bermasalah tetapi hanya gear sebelah dalam (petak merah) itu yang berpusing sendiri tanpa menggerakkan batang shaft. |
|
Keluarkan gear besi tersebut.Cara untuk mengeluarkannya hanyalah cabut gear plastik bewarna hijau dahulu,ketuk batang shaft kebawah dengan lembut sehingga tenggelam.Tarik pada hujung shaft (Petak oren pada gambar 2) untuk melepaskan gear besi tersebut. |
|
Pada gear besi ini,saya telah melakukan sedikit ketukan (anak panah) bertujuan menyempitkan ruang yang akan memuatkan batang shaft.Ketukan harus dilakukan berhati-hati.Setelah selesai,masukkan semula batang shaft,dan mungkin memerlukan sedikit ketukan pada hujung batang shaft untuk memasukkannya semula pada lubang gear kerana lubang gear yang sempit memberikan cengkaman yang kuat pada batang shaft untuk memusingkan komponen mileage. |
Perkara yang harus dititikberatkan adalah :
- Berhati-hati menyentuh spring pada speedometer kerana ia adalah bahagian yang sensitif.Kesilapan akan membuatkan bacaan speedometer tidak tepat. (Meter Berat)
- Bahagian belakang speedometer adalah plastik.Ketuk dengan perlahan untuk melepaskan batang shaft daripada gear.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!!