Wednesday, February 2, 2011

INJIL VERSI KARTUN?




















































Beberapa bulan yang lepas,sebuah perkampungan di Kuala Kangsar Perak telah didatangi oleh dua orang yang tidak dikenali berbangsa melayu dan inggeris.Tujuan mereka adalah mengedarkan INJIL VERSI KARTUN.Pastinya mereka tahu,terutama si melayu itu,bahawa perkampungan ini rata-ratanya dihuni oleh penduduk yang beragama islam.Walau bagaimanapun,tiada sebarang kekecohan yang berlaku kerana target mereka adalah kanak-kanak!Kenyataan ini disokong kerana kitab ini tidak diberi secara terus,tapi 'dipakejkan' di dalam sebuah paperbag kecil.Mengandungi gula-gula,air mineral,dan kitab itu sendiri.Malangnya,'misi' mereka berdua nampaknya tidak menjadi kerana kanak-kanak tersebut bijak menilai sesuatu kerana sudah terang-terangan di buku tersebut bertulis "injil versi kartun".Kanak-kanak terbabit mengadu kepada ibu bapa mereka.Ibu bapa mereka sedikit terkejut dan menanyakan dari mana anaknya itu mendapatkan buku tersebut.Kami bertindak dengan membakar kesemua injil kartun tersebut kerana bimbang dibaca oleh kanak-kanak seperti mereka membaca komik.Saya tidak menolak kemungkinan mereka ingin menyebarkan agama kristian.Ini kerana,kelompok kanak-kanak disuruh menyebut satu kalimah,iaitu hallelujah.Anda tahu apa maksudnya?maksudnya ialah "a shout or song praised to god."Jikalau kurang jelas,lihat sepotong ayatnya dan tafsirkan.

Hallelujah Your name be praised in all the earth
Hallelujah let every voice declare Your worth
Shout to the King of Glory Jesus
Worthy so worthy You are
Hallelujah hallelujah hallelujah


sudah?apakah maksudnya?tentu anda sendiri sudah tahu sekarang.Kejadian ini terus bermain di fikiran saya.Saya tidak mahu membuat spekulasi membabi buta tetapi anggapan saya adalah :

1)Munkinkah ada kaitan dengan Freemason/Mason/Freemasonry/Illuminati?
2)Adakah mungkin akan terjadi kes air 'Holy Water"?
3)Adakah mungkin mereka itu paderi?dan salah satunya paderi melayu yang baru sampai di Singapura?

Hanya Allah yang maha esa sahaja mengetahuinya.Saya sebagai manusia biasa tidak mampu menekanya.Wallahualam

No comments: