Saturday, February 5, 2011

DARI KUALA KANGSAR KE IPOH

Fuh~akhirnya sampai juga saya ke Ipoh.Memang penat dari biasa.Mana taknya,traffic jammed dari Kuala Kangsar hinggalah ke R&R Kuala Kangsar.Sebagai seorang pemandu motosikal,saya harus berhati-hati mencelah disebalik kenderaan.Saya tidak berani mengambil sebarang risiko.Keadaan amat bahaya ketika itu apabila kenderaan terutamanya kereta dengan sewenang-wenangnya melalui lorong kecemasan.Tidak kurang juga kenderaan yang menukar lorong tanpa memberi isyarat.Tidak kurang juga kepada pembonceng motosikal yang lain,semuanya mencelah dan menyelit disebalik kenderaan lain.Ada juga yang membonceng motosikal secara berkumpulan.Saya harus berhati-hati dalam menjaga jarak antara motosikal mereka.Setibanya saya berhampiran R&R Sungai Perak Kuala Kangsar,saya melalui jalan kecil dan sempit dan hanya muat untuk sebuah motosikal sahaja.Jalan kecil ini terletak bersebelahan lebuh raya sahaja.Ketika melaluinya,sebuah motosikal di hadapan saya tiba-tiba berhenti menyebabkan saya terpaksa melalui sebelahnya dalam keadaan sempit.Dan dalam keadaan itu juga pedal brek motosikal saya terkena penghadang lebuh raya.Nasib baik pedal brek yang tersangkut,jika handle motosikal,saya pasti terjatuh.Setelah melepasi R&R Sungai Perak Kuala Kangsar,saya meneruskan perjalanan.Saya memandu dalam kelajuan 90KM/J .Kelihatan motosikal di belakang saya sengaja 'mengasak' saya.Saya menambah kelajuan kepada 110KM/J dan dia berterusan mengasak saya.Melihat jalan di hadapan lurus dan kurang berisiko,saya menambah kelajuan kepada 120KM/J.Tujuannya ialah jika saya tiba-tiba membrek,sudah pasti dia akan melanggar belakang motosikal saya.Pada kelajuan begini,jarak motosikal antara dia dan saya memang tidak sesuai sekali.Akhirnya saya mengalah,dan membiarkan dia berasa 'puas' dengan membiarkan dia memotong motosikal saya.Saya meneruskan perjalanan dan sampai di Ipoh dengan keadaan selamat.

Antara kejadian yang pernah berlaku di lebuhraya ini adalah :


dan kawasan lebuhraya yang kerap berlaku kemalangan

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

No comments: