Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka, yang akhir sekali dijawat oleh Hang Tuah.
Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas.
Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh.
Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik mengadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk mengadap sendiri ke bawah Duli Sultan kerana gagal untuk mendapat Puteri Gunung Ledang untuk baginda.
Tatkala Sultan Mahmud meninggalkan Melaka baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar-Sumatera.
Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzaffar Shah, yang kemudiannya berangkat ke Perak.
Itulah sedikit sebanyak perihal tentang keris Taming Sari.Keris Taming Sari ini adalah keris yang sebenar.Ia dapat dibuktikan oleh Panglima Perang Kiri namanya Dzulkarnain Osman kalau tak silap aku.Aku selalu panggil 'Nain' je.Beliau memantau sepanjang pameran ini diadakan.
Keris ini tidak boleh dipegang oleh orang sebarangan."Keris ni hanya akan tunduk pada Toh Seri Nara Diraja" mengikut kata Panglima Perang Kiri Istana.
Selepas tamat waktu pameran,keris ini akan disimpan di peti besi di Istana Iskandariah yang terletak 500 meter dari Galeri ini.Dibawah ini,aku sertakan gambar-gambar semasa proses memindahkan/menyimpan keris dan pedang ini ke Istana Iskandariah.
Keris ni dah lama tak diperasap atau dilimau.
Toh Seri Nara membacakan zikir sebelum memegangnya.
Hang Tuah yang terakhir menjawat keris ini
Dengan keris inilah Hang Jebat menderhaka.
Dan dengan keris inilah Hang Tuah membunuh Taming Sari dan Hang Jebat.
Pedang Cura Simanjakini kepunyaan Sang Sapurba (Sang Nila Utama) berketurunan
Iskandar Zulkarnain,nasab Nabi Sulaiman yang tiba-tiba muncul di Bukit Siguntang.
PEDANG CURA SI MANJA KINI yang melambangkan keagungan dan kekuasaan Raja Pemerintah telah menjadi alat perkakas turun termurun bagi sultan yang memerintah Negeri Perak.
Update : Pameran Keris Taming Sari dan Pedang Cura Simanjakini telah tamat.