Saturday, February 5, 2011

TERDESAK!NO WAY OUT! & CAS MENGGUNAKAN BAWANG

Salam 1 Malaysia.Semalam semasa pulang ke Ipoh,saya terlupa untuk membawa pengecas telefon.Jam menunjukkan pukul 1.15am dan bateri telefon bimbit saya telah memberi isyarat.Baterinya lemah.Saya merungut dalam hati."Aduh...macamana ni?nak keje lagi,nak mesej die lg"...Tiba-tiba satu akal yang kurang bijak tapi berhasil terlintas di fikiran.Saya teringatkan charger Motorola C380 yang putus.Saya mengambilnya dan membuat penjaluran.Saya keluarkan bateri telefon bimbit saya (Motorola V6) dan menyambungkan wayar tersebut kepada kutub bateri saya.Selepas itu saya baring seketika di atas katil,kerana kepenatan dan saya tertidur!!Apabila saya bangun pagi pada pukul 12.30,saya lihat bateri itu masih dalam keadaan 'baik'."Fuh,selamat aku" detik hati saya.Saya menanggalkan wayar tersebut daripada bateri,dan memasukkan bateri tersebut kedalam telefon bimbit.Alhamdulillah...telefon saya telah tercas sepenuhnya!Dapatlah saya mesej dengan si dia.Akan tetapi,tempoh saya berada di Ipoh ialah seminggu.Saya memang tidak mempunyai wang kerana elaun saya tidak masuk ke akaun saya lagi.Cara ini boleh digunakan dalam jangka waktu yang pendek sahaja!Erm....

Kenapa saya berani berbuat demikian?
1)Kerana pengecas saya adalah dari jenama yang sama.
2)Output pengeluaran kuasa adalah sama.
3)Bateri saya tidak pernah lagi melakukan seperti cerita saya di atas. :)

Apa yang saya risaukan dan risikonya.
1)Bateri saya akan mengelembung.
2)Kemungkinan bateri akan Meletup! tinggi.

Langkah keselamatan
1)Saya menjauhkan bateri tersebut dari segala benda yang mudah terbakar dan dalam jarak selamat.

Saya nasihatkan anda tidak perlu mengikut cara saya kerana ia berisiko.Kalau nak cuba juga,lihat video di bawah.Caslah menggunakan bawang!Pelik kan? Cubalah!




DARI KUALA KANGSAR KE IPOH

Fuh~akhirnya sampai juga saya ke Ipoh.Memang penat dari biasa.Mana taknya,traffic jammed dari Kuala Kangsar hinggalah ke R&R Kuala Kangsar.Sebagai seorang pemandu motosikal,saya harus berhati-hati mencelah disebalik kenderaan.Saya tidak berani mengambil sebarang risiko.Keadaan amat bahaya ketika itu apabila kenderaan terutamanya kereta dengan sewenang-wenangnya melalui lorong kecemasan.Tidak kurang juga kenderaan yang menukar lorong tanpa memberi isyarat.Tidak kurang juga kepada pembonceng motosikal yang lain,semuanya mencelah dan menyelit disebalik kenderaan lain.Ada juga yang membonceng motosikal secara berkumpulan.Saya harus berhati-hati dalam menjaga jarak antara motosikal mereka.Setibanya saya berhampiran R&R Sungai Perak Kuala Kangsar,saya melalui jalan kecil dan sempit dan hanya muat untuk sebuah motosikal sahaja.Jalan kecil ini terletak bersebelahan lebuh raya sahaja.Ketika melaluinya,sebuah motosikal di hadapan saya tiba-tiba berhenti menyebabkan saya terpaksa melalui sebelahnya dalam keadaan sempit.Dan dalam keadaan itu juga pedal brek motosikal saya terkena penghadang lebuh raya.Nasib baik pedal brek yang tersangkut,jika handle motosikal,saya pasti terjatuh.Setelah melepasi R&R Sungai Perak Kuala Kangsar,saya meneruskan perjalanan.Saya memandu dalam kelajuan 90KM/J .Kelihatan motosikal di belakang saya sengaja 'mengasak' saya.Saya menambah kelajuan kepada 110KM/J dan dia berterusan mengasak saya.Melihat jalan di hadapan lurus dan kurang berisiko,saya menambah kelajuan kepada 120KM/J.Tujuannya ialah jika saya tiba-tiba membrek,sudah pasti dia akan melanggar belakang motosikal saya.Pada kelajuan begini,jarak motosikal antara dia dan saya memang tidak sesuai sekali.Akhirnya saya mengalah,dan membiarkan dia berasa 'puas' dengan membiarkan dia memotong motosikal saya.Saya meneruskan perjalanan dan sampai di Ipoh dengan keadaan selamat.

Antara kejadian yang pernah berlaku di lebuhraya ini adalah :


dan kawasan lebuhraya yang kerap berlaku kemalangan

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

Wednesday, February 2, 2011

KUASA PSIKIK VS KUASA SAINS


Video ini betul-betul membuat saya teruja.Kisahnya adalah seorang ahli kung fu menggunakan "kuasa psikiknya" untuk menyelak halaman buku telefon.Beliau dicabar oleh James Randi.Siapa James Randi?

















James Randi (born Randall James Hamilton Zwinge; August 7, 1928)[2] is a Canadian-American stage magician and scientific skeptic[3][4] best known as a challenger of paranormal claims and pseudoscience. Randi is the founder of the James Randi Educational Foundation (JREF). Randi began his career as a magician, as The Amazing Randi, but after retiring at age 60, he began investigating paranormal, occult, and supernatural claims, which he collectively calls "woo-woo."
sumber : wikipedia



Lihat Video Di Bawah.Selamat Menonton!


INJIL VERSI KARTUN?




















































Beberapa bulan yang lepas,sebuah perkampungan di Kuala Kangsar Perak telah didatangi oleh dua orang yang tidak dikenali berbangsa melayu dan inggeris.Tujuan mereka adalah mengedarkan INJIL VERSI KARTUN.Pastinya mereka tahu,terutama si melayu itu,bahawa perkampungan ini rata-ratanya dihuni oleh penduduk yang beragama islam.Walau bagaimanapun,tiada sebarang kekecohan yang berlaku kerana target mereka adalah kanak-kanak!Kenyataan ini disokong kerana kitab ini tidak diberi secara terus,tapi 'dipakejkan' di dalam sebuah paperbag kecil.Mengandungi gula-gula,air mineral,dan kitab itu sendiri.Malangnya,'misi' mereka berdua nampaknya tidak menjadi kerana kanak-kanak tersebut bijak menilai sesuatu kerana sudah terang-terangan di buku tersebut bertulis "injil versi kartun".Kanak-kanak terbabit mengadu kepada ibu bapa mereka.Ibu bapa mereka sedikit terkejut dan menanyakan dari mana anaknya itu mendapatkan buku tersebut.Kami bertindak dengan membakar kesemua injil kartun tersebut kerana bimbang dibaca oleh kanak-kanak seperti mereka membaca komik.Saya tidak menolak kemungkinan mereka ingin menyebarkan agama kristian.Ini kerana,kelompok kanak-kanak disuruh menyebut satu kalimah,iaitu hallelujah.Anda tahu apa maksudnya?maksudnya ialah "a shout or song praised to god."Jikalau kurang jelas,lihat sepotong ayatnya dan tafsirkan.

Hallelujah Your name be praised in all the earth
Hallelujah let every voice declare Your worth
Shout to the King of Glory Jesus
Worthy so worthy You are
Hallelujah hallelujah hallelujah


sudah?apakah maksudnya?tentu anda sendiri sudah tahu sekarang.Kejadian ini terus bermain di fikiran saya.Saya tidak mahu membuat spekulasi membabi buta tetapi anggapan saya adalah :

1)Munkinkah ada kaitan dengan Freemason/Mason/Freemasonry/Illuminati?
2)Adakah mungkin akan terjadi kes air 'Holy Water"?
3)Adakah mungkin mereka itu paderi?dan salah satunya paderi melayu yang baru sampai di Singapura?

Hanya Allah yang maha esa sahaja mengetahuinya.Saya sebagai manusia biasa tidak mampu menekanya.Wallahualam

Salam Satu Malaysia

Tujuan blog ini diterbitkan adalah untuk berkongsi maklumat dan informasi yang terkini.Saya adalah pelajar tahun akhir jurusan diploma in multimedia KPTM Ipoh.Ingin saya nyatakan di sini,ini adalah blog rasmi dan juga blog kedua saya.Blog pertama saya ialah http://saifulazreen.blogspot.com._Diwujudkan khas untuk sebarang perisian,dan penyelesaian masalah yang ber
kaitan dengan perisian mahupun multimedia.Akhirkata,saya berharap anda akan mengikuti blog ini(follower) untuk kita sama-sama berkongsi pendapan mahupun pandangan.

sekian