Monday, October 3, 2011

SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI


Syeikh Abdullah al-Fatani sudah terkenal dengan karamahnya sebagai ulama’ dan kekasih Allah. Tidak hairanlah apa yang dihajatkan akan tercapai dalam sekelip mata.

Untuk melengkapkan ilmu tasawufnya, beliau dan seorang rakannya telah mengembara ke Afrika Utara kerana dikatakan di sana terdapat seorang ahli tasawuf yang terkenal. Sesampainya mereka berdua berjumpa orang alim tersebut, ulama’ Afrika itu menguji dahulu kealiman keduaduanya.

Ulama’ Afrika itu meminta Syeikh Daud Abdullah ‘menghadirkan’ buah tembikai di hadapan ulama’ tersebut.Setelah melakukan solat sunat, dan berdoa, maka muncullah tembikai dari Tanah Melayu itu di hadapan Syeikh Afrika tersebut dan yakinlah syiekh itu akan kealiman Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.

KEBENARAN TEKNOLOGI ASIF BIN BAQRIYA

Teknologi yang dimiliki oleh Asif bin Baqriya bukanlah dicipta dan dimiliki oleh beliau seorang. Teknologi memindahkan objek ini dipunyai oleh semua ulama tasawuf dan semua ulama’-ulama’ bidang ini tahu selengkapnya tentang eksperimen jenis ini.

Kemampuan Asif ada diceritakan di dalam kitab-kitab karangan ulama’ Tanah Melayu. Malah Asif amat terkenal akan kekuatan batinnya melebihi kekuatan Ifrit.

Pertandingan kekuatan membawa istana Balqis bukanlah pertandingan pertama, sebelum itu telah pun berlakunya pertandingan menyelam di laut dalam antara Ifrit dan Asif.

Selain Asif, terdapat seorang ulama dari Pattani yang memilikinya. Ulama tasawuf termasyur itu ialah Syeikh Daud Abdullah al-Fatani yang berasal dari Pattani, Selatan Thai. Beliau adalah ulama’ termasyur yang mengarang banyak kitab. Kitab-kitab karangannya adalah yang terbanyak dicetak di Malaysia dan Indonesia. Antara kitab termasyurnya ialah Muniyatul Musolli,Bulaghatul Mahram, Fawaid dan sebagainya.

RAHSIA DAN LOGO VOLKSWAGEN









Kereta Volkswagen sudah pun terkenal sejak perang dunia kedua lagi di Malaysia. Kebanyakan kereta volkswagen yang berada di Malaysia ketika itu adalah jenis Beattle 2 pintu dan van serbaguna.

Namun disebalik produk kenderaan yang meluas dari Jerman itu ada sesuatu yang menarik dan mungkin mengejutkan kita. Ianya bertambah menarik dan misteri apabila ‘kejutan’ itu dibuat sendiri oleh pengasasnya iaitu Adolf Hitler.

Hitler melakar sendiri rekabentuk Beetles dengan objektif kereta itu mampu
memberi keselesaan kepada pemiliknya dengan ciri-ciri bersantai dan mdah dikendalikan. Nama pertama yang dicadangkan ialah Kraft durch Freude (KdFWagen,yang bermaksud “strength through joy car”).
Setelah siap lakaran, Hiter memberikan plan itu kepada pengarah Daimler-Benz iaitu Jacob Werlin sambil berkata,“Take it with you and speak with people who understand more about it than I do. But don’t forget it. I want to hear from you soon, about the technical details.”
Namun demikian, Daimlr-Benz tidak mengeluarkan Volkswagen tetapi kereta itu dikeluarkan oleh kilang Porche milik Dr. Fredinand Porche dengan tema “Peoples’s Car”. Oleh itu, semua teknologi kereta dari A hingga Z adalah buatan Porche.
(Gambar) Pengasas, Dr.Fredinand Porsche

RAHSIA LOGO VOLKSWAGEN

Yang mencurigakan adalah lakaran logo Volkswagen itu sendiri. Ianya unik dan ringkas dengan huruf V berada di atas huruf W. Sebenarnya logo ini tiada apa-apa maksud tetap ia
mencurigakan apabila kita memutarkan logo ini dengan laju. Apabila diputar laju biasanya ketika tayar bergerak maka lambang Nazi jelas kelihatan.