Monday, October 3, 2011

SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI


Syeikh Abdullah al-Fatani sudah terkenal dengan karamahnya sebagai ulama’ dan kekasih Allah. Tidak hairanlah apa yang dihajatkan akan tercapai dalam sekelip mata.

Untuk melengkapkan ilmu tasawufnya, beliau dan seorang rakannya telah mengembara ke Afrika Utara kerana dikatakan di sana terdapat seorang ahli tasawuf yang terkenal. Sesampainya mereka berdua berjumpa orang alim tersebut, ulama’ Afrika itu menguji dahulu kealiman keduaduanya.

Ulama’ Afrika itu meminta Syeikh Daud Abdullah ‘menghadirkan’ buah tembikai di hadapan ulama’ tersebut.Setelah melakukan solat sunat, dan berdoa, maka muncullah tembikai dari Tanah Melayu itu di hadapan Syeikh Afrika tersebut dan yakinlah syiekh itu akan kealiman Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.

No comments: