Sunday, December 25, 2016

Melawat IKEA Damansara

        Assalamualaikum. Harini kami bertiga menghabiskan waktu hujung minggu iaitu dengan melawat IKEA Damansara. Bukan nak beli tilam,katil dan perabot bagai tapi nak cari pan untuk parent Mr.Stan dan selebihnya makan! Sebut pasal makan kat IKEA mesti terbayangkan meatball kan..?


Aku tak order meatball,sbb dah penah rasa. Aku try ayam black pepper. Not bad.


Second menu aku,vegeball.. khas untuk penggemar sayur, Aku ingat vegeball tu isi ayam yg blend dgn sayur,tapi sayur semata. Tapi sedap beb. And meatball IKEA tu,kuah die dah kureng la,mcm tasteless. 

Mr.Fareez n Mr.Stan
Dah habis makan,kami pegi bahagian alatan memasak pulak. Ada yang murah ada yang mahal. Tapi yang penting kualiti beb. Mmg susah jugak jumpa barang cap ayam kat sini..

Selpie dulu broo
IKEA Damansara ni lagi rambang mata nak pilih barang sebab besar! Lagi besar dari IKEA Cheras. Kalau la aku dah kahwin and bawak wife dtg sini, mmg aku tidur atas katil yang display kat situ.Baru send gambar dah nak bantal peluk. Sorry,bantal peluk tu tak sesuai untuk awak la.Nnti sy carikan yang lain ye...


Calon-calon suami mithali ni,...
Sebab IKEA Damansara ni besar,kita tak rasa stress sgt nak shopping walaupun orang ramai sebab kawasan yang besar dan laluan yang agak luas berbanding IKEA Cheras.

Merenung masa depan walaupun tak nampak
Dekorasi kat sini memang menarik,dari segi susun atur perabut dan gubahan bunga.Tak payah pening nak cari interior design,cedok je idea kat sini then ubah sikit ikut citarasa kita


Mr.Stan excited sangat time ni. Sampai kaki dah tak cecah bumi dah haha
Ok,macam biasa,rack-rack mcm ni mmg biasa ada.. Jangan risau pasal stok sbb banyak lagi. Lihatlah Mr.Stan sungguh gembira di situ.


Dah habis pergi IKEA, pergi melawat Tropicana City Mall pulak tengok Assassin Creed walaupun jam dah pukul 12.00am.


Sekian. Komen la sikit korang!

No comments: