Sunday, December 25, 2016

Melawat IKEA Damansara

        Assalamualaikum. Harini kami bertiga menghabiskan waktu hujung minggu iaitu dengan melawat IKEA Damansara. Bukan nak beli tilam,katil dan perabot bagai tapi nak cari pan untuk parent Mr.Stan dan selebihnya makan! Sebut pasal makan kat IKEA mesti terbayangkan meatball kan..?


Aku tak order meatball,sbb dah penah rasa. Aku try ayam black pepper. Not bad.


Second menu aku,vegeball.. khas untuk penggemar sayur, Aku ingat vegeball tu isi ayam yg blend dgn sayur,tapi sayur semata. Tapi sedap beb. And meatball IKEA tu,kuah die dah kureng la,mcm tasteless. 

Mr.Fareez n Mr.Stan
Dah habis makan,kami pegi bahagian alatan memasak pulak. Ada yang murah ada yang mahal. Tapi yang penting kualiti beb. Mmg susah jugak jumpa barang cap ayam kat sini..

Selpie dulu broo
IKEA Damansara ni lagi rambang mata nak pilih barang sebab besar! Lagi besar dari IKEA Cheras. Kalau la aku dah kahwin and bawak wife dtg sini, mmg aku tidur atas katil yang display kat situ.Baru send gambar dah nak bantal peluk. Sorry,bantal peluk tu tak sesuai untuk awak la.Nnti sy carikan yang lain ye...


Calon-calon suami mithali ni,...
Sebab IKEA Damansara ni besar,kita tak rasa stress sgt nak shopping walaupun orang ramai sebab kawasan yang besar dan laluan yang agak luas berbanding IKEA Cheras.

Merenung masa depan walaupun tak nampak
Dekorasi kat sini memang menarik,dari segi susun atur perabut dan gubahan bunga.Tak payah pening nak cari interior design,cedok je idea kat sini then ubah sikit ikut citarasa kita


Mr.Stan excited sangat time ni. Sampai kaki dah tak cecah bumi dah haha
Ok,macam biasa,rack-rack mcm ni mmg biasa ada.. Jangan risau pasal stok sbb banyak lagi. Lihatlah Mr.Stan sungguh gembira di situ.


Dah habis pergi IKEA, pergi melawat Tropicana City Mall pulak tengok Assassin Creed walaupun jam dah pukul 12.00am.


Sekian. Komen la sikit korang!

Saturday, December 24, 2016

Santai Di Restoran Golek-Golek


   
Penulis. Menulis blog hanyalah sebagai catatan hidup. Selamat membaca

      Siapa sangka di pinggir bandar Kuala Lumpur terdapat satu restoran yang berlatar belakangkan suasana kampung dan sungguh sentimental. Restoran Golek Golek terletak di pinggir Gombak sebelum ke Taman Melawati melalui MRR2.

Restoran Golek-golek atas bukit tu. Gambar dari Google Street View

      Menu yang disediakan memang menyelerakan. Menu masakan kampung pun ada seperti Udang Galah Cili Api,Keli Gulai Lemak Cili Api,Telur Itik Gulai Lemak Cili Padi,Ikan Pari Bakar Petai dan Banyak Lagi.

Sup Cendawan

Lala Cili dari chinese cuisine

Ikan Pari Bakar With Petai and with Mr.Stan

      Sebelum masuk ke meja makan,ada satu kaunter mcm kaunter reception la kot. So diorang yang decide kat mana kita duduk. Kami dapat duduk di bawah rumah kampung jenis Melaka. Bila aku dudk je terus teringat masa kecil makan bawah rumah. 

      Suasana bila duduk bawah rumah ni sungguh sentimental,udara kampung yang nyaman sambil diiring lagu dari busker. Buskers tak nampak coz die duduk depan pintu masuk.

Mr.Fareez yang kelaparan

      Makanan semua dah sampai,masa untuk melantak la pulak kan. Mcm biasa,letak kuah Lala Cili dan Ikan Pari Bakar Sambal. Bila makan ikan pari bakar memang terasa mcm kampung beb. Tapi bila makan dengan Lala Cili ni tak rasa lauk kampung. Maybe dari Chinese Cuisine tak boleh mix dengan lauk pauk melayu. Rasa lain sikit beb.

      Ok,cukup cerita pasal makan,ni nak ceritakan suasana dia pulak. Suasana kampung dan lampu yang tergantung ala-ala Chinatown Melaka menerangi malam yang suram kat sini. Rumah melayu Melaka memang menggamit sejarah. 

      Dalam Rumah Melaka ni pun ada meja makan untuk family,dalam rumah tu lagi happening beb. Tapi tak berpeluang lagi nak makan dalam rumah tu. Makan bawah rumah pun happening jugak.

Rumah Melaka with Stairway To Heaven


      Dan juga sebagai salah satu elemen yang ada unser sentimental adalah model kereta dan motor lama yang agak klasik. Juga model kapal terbang. Rugi kalau tak ambil gambar untuk kenang kenangan.
Selfie dulu bersama Mr.Fareez dan Mr.Stan

Bergambar bersama kereta antik

Mr.Fareez bersama flight,ready to take off

Ada macam awie dalam cerita sembilu tak? atau Awie dalam cite kak limah?

Sekian Terima Kasih. Dah habis dah pun.....