Thursday, October 25, 2012

Mencari Pengalaman dan Erti Kehidupan

Assalamualaikum.Akhirnya saya masih ada masa untuk menulis posting ni.Maklumlah,dah lama tak tulis blog,sibuk bekerja.Pada 8/10/2012 yang lalu sehingga ke hari ini,saya dan rakan kerja yang lain menjalankan tugas menanam pokok-pokok bunga dan pokok teduhan di Hot Spring Sungai Klah,Sungkai Perak.Pokok teduhan pula berukuran 12 kaki terdiri daripada jelutong,samar minyak,cempaka,dan buchida.

Penatnya memang tidak terkata apabila mengangkat sebatang pokok buchida mantaly tricolor dengan poly bag nya yang besar.Memang berat,dan harus berhati-hati ketika menanamnya untuk mengelakkan bebola (bulb) pecah.Bebola adalah tanah di dalam polybag.Pokoknya memang cantik dan berharga RM 950.00 sebatang.Wow,memang mahal..

Inilah pokok buchida mantaly tricolor


Selain pokok ini,terdapat juga pokok samar minyak dan cempaka,disertai pokok renek iaitu calathea,monkey palm (rhapis) heliconia rostrata,golden torch dan mini lily.


SEMANGAT SETIAKAWAN DAN KERJASAMA

Semangat setiakawan dan kerjasama amat diperlukan untuk menanam kesemua pokok-pokok ini.Anggaran pokok adalah seperti berikut :-
  • Jelutong - 4
  • terminalia mantaly green (buchida green) - 13
  • Pisonia alba - 9
  • terminalia mantaly tricolor (buchida tricolor) - 5
  • samar minyak - 11
  • cempaka kuning - 6
  • hujan-hujan - 5
  • mini lily - 550
  • monkey palm - 270
  • calathea 420
Tanaman pokok - pokok ini perlu mengikut cara atau langkah-langkah yang betul.Kerjasama amat diperlukan untuk mengorek lubang,mengangkat pokok ,membawa tanah,membancuh baja dan lain-lain.Kerja kadangkala dilakukan ketika hujan atau panas terik.Kawalan emosi amat penting,dan mungkin kadangkala menimbulkan stress.Atasi stress dengan cara yang betul.Berfikiran positif,hela nafas adalah cara untuk menangani stress.

Sekarang,dah tiga minggu saya di sana.Alhamdulillah,hubungan antara rakan-rakan kerja masih seperti biasa,tidak mempunyai perasaan diskriminasi.Walaupun kadangkala kami mempunyai pendapat yang bercanggah,tapi kami mengamalkan kaedah komunikasi berkesan.Kami mengamalkan give and take (bertolak ansur) dan win-win situation atau lose-lose situation.Segala keputusan dapat diterima oleh kami semua.

Saya sebagai seorang pekerja yang baru menceburkan diri didalam bidang lanskap,harus menghormati orang yang lebih berpengalaman.Saya menghormati pendapatnya dan bertindak tanpa ada perasaan ingin bermegah diri atau sombong.Saya menghormati paradigmanya.Sebelum saya menyertai syarikat ini,saya tidak tahu apa-apa mengenai lanskap 0% .Bagi saya,pengalaman itu penting.Saya belajar dari kesilapan dan melakukan apa yang terbaik dan alhamdulillah,setelah beberapa bulan saya bekerja,saya dilantik sebagai penolong penyelia dan dilantik sebulat suara.Syukur pada Allah,dan saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik.


Setelah setahun lebih saya bekerja,saya dikelilingi oleh rakan-rakan kerja yang memahami,baik hati.Mereka mempunyai kepakaran yang tersendiri,pengalaman hidup yang boleh dijadikan pedoman.Mereka tidak lokek berkongsi ilmu,pengalaman membuatkan aku mengerti erti kehidupan yang sebenarnya.Walaupun saya tidak pandai berkomunikasi dengan baik (mungkin saya kadang2 gagap),tetapi saya masih diterima,baik kawan-kawan saya atau majikan saya.


Dah setahun lebih saya bekerja didalam bidang ini (Landskap) dan banyak perkara yang saya belajar.Saya rasa saya dah terlalu lama bekerja,maklumlah,rakan-rakan yang sama dengan saya,menuntut di kolej dengan saya,telah lebih maju di hadapan,jauh meninggalkan saya.Biarlah mereka,bagi saya rezeki di tangan tuhan.Hari ini,mereka berkemeja sedangkan saya berbaju kotor.Mungkin suatu hari nanti tiba hari saya pula.Insyaallah.Tapi,saya tidak membezakan diri saya dengan rakan sekerja saya.Walaupun taraf pendidikan kami berbeza,walaupun saya telah memiliki diploma,tetapi saya melayan mereka sama rata.Saya merendah diri dan tidak terlalu meninggi diri,megah dengan apa yang kita mahir,biarlah duduk sama rendah,berdiri sama tinggi.

Wah,sedar tak sedar,dah berjela panjang posting ni,hehe.Saya akhiri posting ini dan apa yang saya tulis ini ikhlas dari hati,tiada unsur diskriminasi,provokasi dan saya menulis tanpa prejudis.