Sunday, October 23, 2011

CHAR KOEWTIAU UDANG LIPAN JUMBO

CHAR KOEWTIAU UDANG LIPAN JUMBO SPECIAL

Assalamualaikum.Posting teman kali ini,tak ada unsur-unsur kesultanan atau negeri Perak.Tapi teman nak berkongsi resepi teman dengan pembaca blog teman nih.Makan malam teman hari ni special sikit,pasal dalam peti sejuk teman 'meriah'.Alhamdulillah,rezeki teman murah bulan ni.Nak makan sedap teman tak mampu lagi,jadi teman masakla sendiri untuk santapan teman dengan keluarga teman.Kat bawah ni teman dah sediakan bahan-bahannya.Kome layan je lah.

BAHAN - BAHAN:
Koewtiau (An-Nur)
Dua ulas bawang putih (Dilenyek)
Separuh kiub pati ikan bilis
Taugeh,kucai,daun bawang dan sawi.
Fishcakes
Sedikit Cili Boh
Kicap masin Cap Kipas Udang
Udang Lipan

anda juga boleh meletakkan rencah mengikut citarasa anda
Hirisan Ayam
Kerang separuh masak
Sotong

Antara Bahan Utama
(yang panjang tu udang lipan)



Masukkan sotong,ayam dan kerang bersama kicap dan cili boh.Letakkan sedikit air untuk kuahnya



Skill memasak favourite aku.Tumis bahan-bahan tumis tadi sehingga empuk dagingnya.Jauhkan sebarang benda yang mudah terbakar apabila membuat skill ni.



Masukkan udang lipan.Tunggu lebih kurang seminit.Angkat udang lipan menggunakan penyepit sambil membiarkan airnya menitik dalam kuah.



Akhir sekali,masukkan telur.Pecahkan telur,kacau perlahan-lahan.Jangan biarkan telur masak keseluruhannya dan tutup api.



Masukkan udang lipan kembali.Char Koewtiau Udang Lipan telah siap dihidangkan.



Zoom In udang lipan


Tempat tempat best untuk makan kouwtiau di Kuala Kangsar
  • Chor Char Koeytiau Chandan Putri
  • Jimboy Thai Food Jalan Baru
  • Restoran Mee Udang Galah Chandan Putri

SEDIKIT INFO MENGENAI UDANG LIPAN

Udang Lipan, udang mentadak atau udang ronggeng (bahasa Inggeris:Mantis shrimp) merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut.

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 sentimeters (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai.

Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang
sumber : wikipedia










Saturday, October 22, 2011

DARJAH-DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT-PINGAT


DARJAH-DARJAH KEBESARAN, BINTANG-BINTANG DAN
PINGAT-PINGAT ANUGERAH KERAJAAN NEGERI
PERAK DARUL RIDZUAN



DARJAH KERABAT YANG AMAT DIHORMATI ( D.K. )
Kurniaan dikhas kepada Raja Pemerintah, Raja Permaisuri dan Bakal Sultan Negeri Perak.




DARJAH KERABAT SERI PADUKA SULAN AZLAN SHAH PERAK YANG DIHORMATI ( D.K.S.A. )
Kurniaan dikhas kepada ahli-ahli keluarga Diraja.




DARJAH KEBESARAN SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK YANG AMAT DIMULIA (S.P.S.A.)

Darjah kebesaran yang bergelar "Dato' Seri DiRaja" dikurniakan sebagai suatu penghormatan yang amat istimewa, mempunyai kedudukan yang amat berpengaruh dan bertanggungjawab.




DARJAH SERI PADUKA CURA SI MANJA KINI ( S.P.C.M. )

Darjah kebesaran yang bergelar "Dato' Seri" Peringkat Pertama dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang istimewa menandakan rekod kejayaan besar yang telah dicapai dan kepada mereka yang telah menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri ini. Penganugerahan Peringkat Pertamaini adalah terhad kepada 30 penerima sahaja.




DARJAH DATO' PADUKA CURA SI MANJA KINI ( D.P.C.M. )

Peringkat Kedua Darjah Kebesaran Cura Si Manja Kini dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional dan telah mencapai sekurang-kurangnya Gred 54.

Penganugerahan peringkat kedua ini adalah terhad kepada 70 orang sahaja dan penerimanya
menikmati dengan panggilan Dato'.




DARJAH PADUKA CURA SI MANJA KINI ( P.C.M. )

Dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional yang menyandang pangkat tidak rendah dari Gred 2 atau setaraf dengannya; dan kepada anggota-anggota pasukan tentera dan polis yang berpangkat Kolonel (Tentera Darat), Kapten (tentera Laut, Kolonel Udara (Tentera Udara), Penolong Pesuruhjaya (Pasukan Polis) dan ke atas.





DARJAH AHLI CURA SI MANJA KINI ( A.C.M. )

Peringkat Ke-4 Darjah Kebesaran Cura Si Manja Kini dan dikurniakan kepada mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri dan kepada pegawai-pegawai kerajaan sekurang-kurangnya dalam kumpulan pengurusan dan profesional Gred 41.Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera dan polis yang berpangkat Leftenan Kolonel (Tentera Darat), Komander (tentera Laut), Leftenan Kolonel Udara (tentera Udara),Penguasa (Pasukan Polis) dan ke atas.




DARJAH DATO' SERI PANGLIMA TAMING SARI ( S.P.T.S. )

Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera yang berpangkat Leftenan Jeneral ke atas dan kepada anggota-anggota pasukan polis yang berpangkat Timbalan Ketua Polis Negara ke atas. Terhad kepada 10 penerima sahaja dengan panggilan Dato' Seri Panglima.





DARJAH DATO' PAHLAWAN TAMING SARI ( D.P.T.S. )

Penerima darjah ini terhad kepada 30 sahaja dan menikmati dengan panggilan Dato' Pahlwan. Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera yang berpangkat Brigedier Jeneral hingga Mejar Jeneral dan kepada anggota-anggota pasukan polis yang berpangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya hingga Timbalan Pesuruhjaya.



DARJAH SERI PADUKA MAHKOTA PERAK ( S.P.M.P. )

Peringkat yang pertama Darjah ini adalah dimaksudkan terutamanya bagi mereka yang telah menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri ini semenjak beberapa lama dengan mempunyai kedudukan yang amat berpengaruh dan bertanggungjawab. Oleh kerana bilangan penyandangnya sekarang terhad kepada 50, maka lantikan kepada peringkat ini akan disifatkan sebagai suatu kehormatan yang istimewa menandakan rekod kejayaan besar yang telah dicap
ai. Penerimaan masuk kepada peringkat ini lazimnya adalah dengan kenaikan pangkat dari orang-orang yang telahpun dilantik kepada peringkat kedua. Bagi pegawai-pegawai kerajaan yang telahpun dikurniakan D.P.M.P., maka mereka lazimnya tidaklah boleh ke bawah daripada Tingkatan Tertinggi 'C' dalam bahagian 1.




DARJAH DATO' PADUKA MAHKOTA PERAK ( D.P.M.P. )

Peringkat Kedua Darjah Kebesaran Mahkota Perak. Syarat-syarat penerimaannya sama dengan kelayakan D.P.C.M. Penerima darjah ini terhad kepada 100 ahli, adalah dimaksudkan bagi mereka yang mempunyai kedudukan tinggi yang terkenal kepada perkhidmatan cemerlangnya kepada Negeri ini dalam apa-apa jua lapangan kehidupan. Untuk melayakkan mendapat kurniaan ini maka lazimnya mereka mestilah mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang-bidang kegiatan tertentu dengan menggunakannya bagi kebaikan Negeri. Untuk melayakkan mendapat pertimbangan maka kakitangan-kakitangan awam lazimnya mestilah di dalam Bahagian I dalam Perkhidmatan Awam dan telahmencapai sekurang-kurangnya pangkat Tingkatan Tertinggi 'F'.





DARJAH PADUKA MAHKOTA PERAK ( P.M.P. )

Darjah ini terhad kepada 175 ahli, adalah dimaksudkan sebagai kurniaan kepada mereka yang telah banyak memberikan jasa kepada Negeri ini, yang mana walaupun tidak sebegitu tinggi mutunya, sebagai dikehendaki bagi Peringkat Kedua, tetapi boleh dianggap sebagai luar biasa, dengan erti kata telah menjalankan tugas yang amat sukar dengan jayanya ataupun pekerjaan yang berat telah dilakukan semenjak beberapa lama dengan cemerlangnya. Berkenaan dengan kakitangan kerajaan, maka kurniaan-kurniaan itu boleh diberikan kepada pegawai Bahagian I yang menyandang pangkat tidak kurang dari Tingkatan Tertinggi 'G'.



Add Image

DARJAH AHLI MAHKOTA PERAK ( A.M.P. )

Peringkat Ke-4 Darjah Kebesaran Mahkota Perak dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan sekurang-kurangnya dalam kumpulan pengurusan dan profesional Gred 41 yang berkebolehan istimewa dan kepada mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri.

Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera dan polis yang berpangkat Kapten dan Mejar (Tentera Darat), Leftenan dan Leftenan Komander (Tentera Laut), Kapten Udara dan Mejar Udara Udara (Tentera Udara), Penolong Penguasa dan Timbalan Penguasa (Pasukan Polis). Darjah ini terhad kepada 450 penerima sahaja.



PINGAT KEBERANIAN HANDAL ( P.K.H )

Tidak terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah melakukan, dalam Negeri Perak, sesuatu keberanian yang tersangat handal dan keberanian itu dilakukan dalam keadaan yang mendatangkan bahaya yang besar kepada dirinya.



PINGAT PEKERTI TERPILIH ( P.P.T. )
Tidak terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah melakukan, dalam Negeri Perak, satu perbuatan atau perbuatan-perbuatan yang bersifat cemerlang dan berani.




PINGAT JASA KEBAKTIAN ( P.J.K. )
Tidak terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah berbuat jasa yang cemerlang kepada Negeri selain daripada keberanian handal iaitu perkhidmatan yang berupa daya utama dan setia dalam menjalankan kewajipan, termasuk perkhidmatan yang lama dengan menunjukkan kebolehan yang luar biasa, jasa kebaktian dan kelakuan yang memberi contoh teladan.



PINGAT LAMA PERKHIDMATAN ( P.L.P. )
Tidak terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang dengan lama dan taat setia kepada Negeri Perak tidak kurang daripada 25 tahun. Perkhidmatan itu telah dibuktikan dengan daya usaha dan kesetiaan dalam menjalankan tanggunggjawabnya yang menunjukkan kebolehan yang luar biasa dan boleh menjadi teladan.


ps : Elaun bagi sesetengah pingat di atas tidak dapat saya siarkan.harap maaf

sumber foto : sultan.perak.gov.my













Saturday, October 8, 2011

ALKISAH RAJA AHMAD NASIR



Kecoh di hadapan Istana Iskandariah, apabila seorang lelaki, Raja Ahmad Nasir Abdullah Aziz, 55, mendakwa diri dan ahli keluarganya sebagai pewaris kesultanan Perak, ingin memasuki istana, di sini, awal pagi semalam.

Dia yang datang bersama ahli keluarga , tiba kira-kira jam 9.30 pagi dengan tujuan memasuki istana sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Raja Syedi Omar Raja Ahmad Nasir, 23.
Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila sepasukan polis cuba menghalang mereka daripada memasuki istana.
Raja Ahmad Nasir berkata, niat mereka sekeluarga bukan untuk menceroboh, tetapi ingin membawa anak sulungnya melawat istana sempena sambutan ulang tahun kelahiran pada tanggal 25 September.
Menurutnya, dia pernah membuat permohonan kepada pihak berkaitan untuk memasuki istana tetapi ditolak.
“Kami datang untuk melawat istana sahaja kerana anak sulung saya yang merupakan waris kesultanan Perak belum pernah memasuki istana.
“Hari ini ulang tahun kelahirannya jadi saya ingin menunaikan hasrat itu sahaja tetapi kami dihalang,” katanya kepada media selepas dihalang memasuki istana, semalam.
Kata Raja Ahmad Nasir, mereka adalah adalah keturunan Raja Kulop Ahmad dan pada suatu ketika dahulu anak kepada moyangnya sepatutnya menjadi sultan.
Jelasnya, tetapi ketika itu, keturunan baginda disumpah selama tujuh keturunan dan sekarang sudah masuk generasi kelapan.
“Anak sulung saya ini adalah generasi ke lapan dan pewaris kesultanan yang sepatutnya sekarang,” katanya.

Dia yang datang dari Seri rapat, Taman Maju Rapat, Ipoh itu, turut menafikan pernah menyebarkan maklumat mengatakan akan hadir bersama 5,000 pengikut untuk menceroboh istana menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
“Saya tidak menghantar SMS itu dan mungkin kerja pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan memburukkan keadaan.
“Kita minta polis menyiasat siapa yang menghantar SMS itu kerana saya datang hanya bersama keluarga,” katanya.

Sehari sebelum itu, Raja Ahmad Nasir membuat laporan polis di Sungai Senam, Ipoh, menggesa pihak berkuasa mengkaji ulasan Menteri Besar mengenai keturunan raja-raja dalam keluaran akhbar sebelum ini.
Katanya, ulasan yang dikeluarkan tidak benar tanpa menyiasat keseluruhan fakta kesultanan Perak.
“Saya amat kecewa dengan ulasan itu dan terancam serta memohon siasatan terperinci tanpa unsur politik,” katanya.

Visual Berkenaan Raja Ahmad Nasir



sumber : TV3






Berita Lebih Lanjut
MB minta polis ambil langkah keselamatan selaras undang-undang

Polis diminta agar mengambil langkah keselamatan selaras dengan undang-undang terhadap cubaan rombongan diketuai Raja Ahmad Nasir Raja Abdullah Azizi yang mendakwa dirinya sebagai ahli kerabat diraja Perak untuk memasuki Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar, pagi Ahad ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang yang ada.
Katanya, sesiapa juga yang menimbulkan masalah akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang ditetapkan agar keselamatan negeri dan rakyat sentiasa terjamin.
“Saya serahkan kepada pihak keselamatan untuk mengendalikan perkara ini dan mengambil langkah yang perlu.
“Benda ini (isu dakwa waris Kesultanan Perak) bukan perkara baru kerana sudah beberapa kali pengumuman dan kenyataan dibuat oleh pihak terbabit yang mendakwa dirinya ahli kerabat Kesultanan Perak,” katanya kepada pemberita di Ipoh.
Beliau mengulas penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipetik satu rombongan yang diketuai oleh Raja Ahmad Nasir Raja Abdullah Azizi akan cuba memasuki Istana Iskandariah jam 9.30 pagi, pada 25 September ini.
SMS yang dihantar kepada pengamal media sejak beberapa hari lalu itu juga menyatakan rombongan nekad akan bertolak dari kediaman Raja Ahmad Nasir di Taman Maju Rapat, dekat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pada sekitar jam 7.30 pagi.
Pengamal media dijemput hadir untuk menyaksikan sendiri apa yang akan terjadi terhadap rombongan, menurut SMS itu lagi.
Pada April tahun lalu, Raja Ahmad Nasir dalam akhbar Utusan Malaysia dilaporkan mengaku dirinya sebagai kerabat diraja Perak dan memohon ditabalkan ke salah satu dari dua kekosongan jawatan Raja-Raja Bergelar di negeri itu.
Beliau mendakwa memiliki hak untuk menduduki kekosongan itu kerana merupakan waris negeri atau waris dari Sultan Ke-18, Sultan Ahmadin Shah.
“Saya bukan mahu wang, saya hanya mahu kedudukan itu sahaja kerana datuk saya pernah berpesan kepada saya untuk mendapatkannya,” katanya.
Menurut Raja Ahmad, beliau yakin memiliki hak yang sama rata dengan mana-mana waris negeri untuk mendapatkan gelaran tersebut.
Jelasnya, walaupun Istana Perak telah menjelaskan bahawa hanya ahli kanan waris negeri yang layak dilantik, beliau tetap mempertahankan haknya itu kerana yakin dirinya merupakan waris Raja Kulop Mohammad.
Kata beliau, keturunannya sebelum ini tidak pernah menuntut kedudukan Raja-Raja Bergelar kerana mereka telah dikenakan sumpahan yang antaranya menyebabkan terpaksa menggugurkan istilah Raja dalam nama mereka.
Jelas beliau, selepas melepasi sumpah tujuh keturunan itu, barulah beliau berhak untuk memenuhi tuntutan tersebut.
Jelasnya, beliau mempunyai bukti keturunannya yang kukuh dan membolehkan dirinya memohon untuk memenuhi gelaran itu.
Mengikut perundangan Perak, hanya ahli kanan waris negeri iaitu anak-anak kepada Raja Pemerintah, bakal-bakal Sultan dan Raja-Raja Bergelar sedia ada sahaja yang dipertimbangkan untuk mengisi kekosongan Raja-Raja Bergelar jika ada.






RESTORAN YAT LAI KUALA KANGSAR DAN SULTAN JOHOR



Yat Lai adalah restoran yang paling terkenal di Kuala Kangsar ... Cuba tanya mana-mana pelajar atau bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan restoran akan membawa pulang kenangan manis ... Yat Lai adalah tempat pertemuan pelajar-pelajar MCKK semasa persekolahan mereka di mana mereka boleh menikmati kopi dan roti (atau pau) ... Yat Lai terletak di rumah kedai sudut tua 2-tingkat di tengah-tengah bandar ...


Menu kegemaran: Seperti yang disebut, Yat Lai sinonim dengan pau ... Pau adalah halal dan inti pau termasuk daging lembu, ayam, kaya (jem kelapa) dan kacang merah adalah buatan tangan dan hanya boleh didapati daripada 14:00 ... Biasanya dijual sebelum masa tutup 18:00 ... Anda tentu boleh rasa pau semasa sambutan diraja dan / atau rumah terbuka Sultan.Selain pau, restoran ini juga menyediakan Chicken Chop, mi goreng dan nasi goreng.


Sultan Johor,D.Y.M.M Sultan Ibrahim menikmati hidangan di sini.

Sultan Johor D.Y.M.M Sultan Ibrahim,suami kepada D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah telah singgah di sini selepas upacara pengkebumian bonda D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah di Bukit Chandan pada 8.10.2011 untuk menikmati hidangan.

D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR




KOLEKSI KERETA SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah


Antara Koleksi Kereta Baginda


Mercedes 380 SEC






Mercedes 380 SEL





Rolls Royce Camargue





Rolls Royce Corniche III




Rolls Royce Silver Spur




Rolls Royce Phantom


Maklumat koleksi gambar di atas didapati di Galeri Sultan Azlan Shah,dan foto diperolehi dari Google.Saya meminta maaf kerana tidak dapat memaparkan foto asli kereta baginda,kerana kesemua kakitangan dan pelawat tidak dibenarkan mengambil foto walaupun saya staf luaran.



Friday, October 7, 2011

RAJA PEREMPUAN PERAK, RAJA MUZWIN MANGKAT







Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tuanku Muzwin Bt Almarhum Raja Arif Shah.
(1 Mac 1929 - 6 Oktober 2011)

Raja Perempuan Perak Raja Muzwin Raja Ariff Shah, balu kepada Almarhum Sultan Idris Shah II, mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, semalam.


Jurucakap Istana Iskandariah berkata, bonda kepada isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah itu mangkat pada jam 4.20 petang.


Jenazah Almarhumah dibawa ke Istana Riswin di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak malam tadi dan akan disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Perak selepas solat Jumaat hari ini.

Begitulah petikan berita tentang kemangkatan Yang Maha Mulia Raja Perempuan
Muzwin.Baginda mangkat pada umur 82 tahun.

Gambar Dan Video Pada Hari Pengkebumian Baginda
7 Oktober 2011






Sedikit Latar Belakang Baginda

- Baginda merupakan Mantan Raja Perempuan Perak , juga Permaisuri Kedua Almarhum Sultan Idris Shah,Sultan Perak ke 34.
-Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin bt Almarhum Raja Dato Seri Arif Shah,diputerikan pada 1 mac 1929.
-Almarhum Tuanku telah ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perak pada 26 Oktober 1963.
-Baginda merupakan kerabat diraja perak dari sebelah ayahandanya,iaitu Yang Amat Mulia Raja Arif Shah Ibni Almarhum Raja Harun Ar-Rasyid.

Hasil perkahwinan Baginda dengan Sultan Idris Shah,baginda dikurniakan dua orang putera dan puteri,iaitu Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak,Raja Dato Seri Nadzatul Shima, Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah,(Isteri sultan Johor) ,Yang Amat Mulia Raja Kechil Besar Perak,Raja Dato Seri Iskandar Zulkarnain dan Yang Amat Mulia Raja Jamil Ariffin.



Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tuanku Muzwin bersama Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah


Dikesempatan ini saya ingin merafak sembah takziah di atas kemangkatan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tuanku Muzwin
Semoga roh Tuanku Ditempatkan di kalangan orang-orang yang
beriman dan mendapat keampunan

Al - Fatihah





Thursday, October 6, 2011

NYANYIAN : CARA - CARA MEMBENTUK VOWEL

Cara-cara Membentuk Vowel

Sebelum menjalankan latihan suara, semua penyanyi hendaklah dilatih dan ditunjuk cara-cara membentuk dan membunyikan vowel iaitu a,e,i,o,u. Ini adalah penting supaya mereka boleh membentuk suara dengan baik.

1.EE (perkataan itik) vowel ini adalah yang paling cerah dan memerlukan sedikit sahaja ruang dalam mulut.Untuk membentukkan dengan betul, rahang bawah relaks dengan bibir dan gigi sedikit terpisah, hujung lidah berada di belakang gigi bawah.

2.EH (perkataan ekor) Agak sama seperti EE, bibir dan gigi terpisah. Rahang bawah dan lidah tengah harus diturunkan sedikit berbanding dengan EE. Adalah baik jika melatih EE dan EH dan bandingkan sebelum pergi ke vowel lain.

3.AH (perkataan ayam) Rahang bawah digerakkan ke bawah sekali. Inilah vowel yang menolong murid-murid membuka mulut.

4.OH (perkataan kopi) Mulut dibujurkan, hujung lidah dan belakang gigi bawah.

5.OO (perkataan ular) Bibir bulat dan sempit, menjulur dari gigi.

TEKNIK VOKAL – SEBUTAN


Sebutan adalah penting di dalam nyanyian. Organ-organ yang terlibat di dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut.

Di dalam nyanyian, pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkan bunyi vokal, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas.

Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas semasa menyanyi supaya member laluan udara yang banyak dan mewujudkan ruang yang cukup luas untuk menghasilkan ton yang lebih resonan. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten dan berterusan. Bagi menghasilkan sebutan yang jelas, ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting.


Ciri-ciri ton nyanyian meliputi;
Tenaga

Intensiti
Kekuatan bunyi
Harkat (panjang dan pendek)


Simbol

Bunyi Fonetik

Contoh Perkataan

a

ah

ayam @ father

e

ay/ey

ekor @ ever

i

ee

Itik @ mee

O

o/oh

orang @ obey


u

oo

ular @ too


Bentuk mulut bagi bunyi vokal

NYANYIAN : PELONTARAN SUARA

Pelontaran Suara

1. Cara menyanyi bunyi yang rendah;


Nyanyi dengan bunyi vokal yang jelas.

Jangan turunkan kepala atau bongkokkan badan.

Alat-alat resonan ialah kerongkong, dada dan rahang.

Kurangkan tenaga nafas pada pinggang, tetapi pastikan aliran nafas adalah rata.

Jangan nyanyi dengan kuat.

Pembukaan mulut semakin kecil apabila not-not menurun.


2. Cara menyanyi bunyi yang tinggi;


Fikirkan bahawa not-not tinggi adalah senang dinyanyikan.

Buka mulut cukup besar. Jangan naikkan dagu dan kepala. Bibir, rahang dan lidah hendaklah selesa.

Alat-alat resonan ialah lelangit dan hidung.

Nafas dengan dalam dan gunakan tenaga nafas untuk mengeluarkan bunyi yang tinggi.

Jangan paksa suara keluar.

Wednesday, October 5, 2011

8 TIP BINA KEYAKINAN DIRI

1.Katakan anda Boleh!
Kata-kata positif akan membakar semangat anda untuk terus berusaha dan membina keyakinan untuk berjaya.

2.Jangan memandang rendah keupayaan diri
Setiap insan mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri yang harus dibanggakan. Jangan biarkan diri anda dibelengggu dengan pandangan negatif terhadap diri sendiri.

3.Kaji dan perbaiki kelemahan diri
Kekurangan diri bukan halangan kepada keyakinan diri. Kaji dan perbaiki kelemahan yang ada kerana itu lebih baik daripada memikirkannya dan berdiam diri.

4.Malu biar kena pada tempatnya
Sifat malu harus dipamerkan bila kena pada tempat dan masanya. Jangan biarkan perasaan malu yang tidak ketentuan menyekat diri anda untuk merasa lebih yakin.

5.Sentiasa berfikiran positif
Fikiran positif akan memberi ransangan kepada diri untuk berasa yakin dan membentuk diri untuk berani berhadapan dengan sebarang cabaran.

6.Sentiasa bersedia dan tidak menangguhkan kerja
Keyakinan diri dapat dibentuk dengan lebih mudah jika anda sentiasa bersedia dan dapat menyiapkan tugas yang diberi tanpa menangguhkannya.

7.Badan sihat, minda cerdas
Kesihatan yang baik dan sihat membolehkan anda untuk cergas dan cerdas serta membina keyakinan diri.

8.Hargai diri
Penghargaan kepada diri sendiri dapat membentuk perasaan bersyukur dengan anugerah Tuhan serta membentuk keyakinan diri.

Tuesday, October 4, 2011

MEMBERSIH DAN MEMBAIK PULIH


Assalamualaikum..pada posting kali ini,aku nak cerita sikit tentang salah satu kerja aku di Galeri Sultan Azlan Shah.Aku kerja di bahagian Lanskap (keje sementara je sementara tnggu konvo).Selain tumbuh-tumbuhan yang menghijau,bunga yang bewarna-warni,kolam hiasan juga adalah salah satu daripada lanskap.
Bukan semua kolam yang berfungsi di sini.Masih ada satu lagi kolam yang sekian lama tidak diisi air kerana kabel elektrik pam air (Grunfos Ground Pump) bocor.Untuk membaiki kebocoran,air harus dikeringkan di dalam tangki bawah tanah,kerana pam air ini berfungsi di dalam tangki bawah tanah ini.

(Abang Fauzi(oku-bisu),kawan sekerja aku,
mencedok lebihan air di dalam tangki bawah tanah.
Beliau adalah seorang yang rajin)
(Keadaaan Penapis air (bulat) dan pam air Grunfos (Melintang) yang kotor
dicuci sebelum digunakan semula kerana terdapat banyak lumpur dan lumut di bawah ini)


(Salah satu tempat di sini.Kolam inilah yang bermasalah dan tidak beroperasi
sejak sekian lama)

(Pam Diesel digunakan untuk menyedut baki air kolam bawah tanah.Apabila hujan,air
akan memenuhi kolam bawah tanah ini)

(Selepas Digunakan,pam ini harus dibersihkan dan diperiksa bahagian dalamnya)