Friday, October 7, 2011

RAJA PEREMPUAN PERAK, RAJA MUZWIN MANGKAT







Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tuanku Muzwin Bt Almarhum Raja Arif Shah.
(1 Mac 1929 - 6 Oktober 2011)

Raja Perempuan Perak Raja Muzwin Raja Ariff Shah, balu kepada Almarhum Sultan Idris Shah II, mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, semalam.


Jurucakap Istana Iskandariah berkata, bonda kepada isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah itu mangkat pada jam 4.20 petang.


Jenazah Almarhumah dibawa ke Istana Riswin di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak malam tadi dan akan disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Perak selepas solat Jumaat hari ini.

Begitulah petikan berita tentang kemangkatan Yang Maha Mulia Raja Perempuan
Muzwin.Baginda mangkat pada umur 82 tahun.

Gambar Dan Video Pada Hari Pengkebumian Baginda
7 Oktober 2011






Sedikit Latar Belakang Baginda

- Baginda merupakan Mantan Raja Perempuan Perak , juga Permaisuri Kedua Almarhum Sultan Idris Shah,Sultan Perak ke 34.
-Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin bt Almarhum Raja Dato Seri Arif Shah,diputerikan pada 1 mac 1929.
-Almarhum Tuanku telah ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perak pada 26 Oktober 1963.
-Baginda merupakan kerabat diraja perak dari sebelah ayahandanya,iaitu Yang Amat Mulia Raja Arif Shah Ibni Almarhum Raja Harun Ar-Rasyid.

Hasil perkahwinan Baginda dengan Sultan Idris Shah,baginda dikurniakan dua orang putera dan puteri,iaitu Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak,Raja Dato Seri Nadzatul Shima, Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah,(Isteri sultan Johor) ,Yang Amat Mulia Raja Kechil Besar Perak,Raja Dato Seri Iskandar Zulkarnain dan Yang Amat Mulia Raja Jamil Ariffin.



Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tuanku Muzwin bersama Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah


Dikesempatan ini saya ingin merafak sembah takziah di atas kemangkatan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tuanku Muzwin
Semoga roh Tuanku Ditempatkan di kalangan orang-orang yang
beriman dan mendapat keampunan

Al - Fatihah





No comments: