Friday, February 12, 2016

Dunia Percetakan T-Shirt (Silkscreen)

    
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Maaf kerana telah sekian lamanya,saya baru ada mood nak tulis blog..Update terakhir saya pada september 2014 dan Alhamdulillah jumlah pembaca telah mencecah 48033 pada 45 posting saya sebelum ni.

     Berkenaan dengan posting pada kali ini,saya akan menceritakan tentang percetakan T-Shirt dan mencetak pakaian secara silkscreen yang pernah saya komersialkan dahulu. Menggunakan modal yang rendah,kita boleh menghasilkan baju yang bermutu tinggi,

Pada yang belum mengetahui bagaimana proses percetakan ini,saya akan menceritakan serba sedikit. Silkscreen adalah percetakan yang menggunakan Dye sama ada dari jenis getah (Rubber Dye) atau minyak (Plastisol). Proses yang dilakukan mengikut step by step adalh seperti berikut:

1. Proses untuk menghasilkan negatif dari illustrasi yang disunting di dalam perisian Adobe Illustrator atau Adobe Photoshop dan dicetak ke atas Tracing Paper atau Plastik Lutsinar menggunakan Laser Printer.
sumber:google image
2. Setelah menghasilkan negative,kita akan memerlukan blok. Blok adalah kayu yang direka berbentuk segi empat atau frame dan direngangi oleh kain sutera saring atau jaring mesh. Kain mesh mestilah tegang dan tidak beralun.

google image
3.Seterusnya blok ini akan disapu sejenis bahan yang dipanggil Photo Emulsion. Photo Emulsion adalah sejenis bahan yang sensitif terhadap cahaya dan dicampurkan bersama sensitizer dalam nisbah 1:10.Saya tunjukkan blok saya di bawah .
Pembantu saya menyapukan Photo Emulsion pada permukaan blok

Emulsion disapu menggunakan scoop coater
3. Seterusnya proses pengeringan. Dilarang sama sekali terdedah kepada cahaya matahari atau UV. Blok akan rosak jika terdedah. 

4. Setelah blok kering,satu proses palin penting iaitu EXPOSE. Proses expose melibatkan negatif yang dicetak,blok yang kering dan paling penting adalah cahaya lampu UV.

meja lampu berbekalkan cahaya UV.Saya dah lupa berapa watt
5.Setelah selesai proses expose dan didedahkan pada cahaya selama 2 minit,kita akan cuci blok dengan air yang laju. Boleh tonton video dari youtube tentang cara expose dan mengeluarkan imej dari blok dengan air.

6.Setelah mencuci blok,keringkan dahulu dan sampai ke peringkat akhir iaitu mencetaknya ke atas baju.Sekuji digunakan untuk menyapukan Dye pada fabrik. Video dari youtube.


7. Setelah selesai cetak,keringkan menggunakan hair dryer atau hot air gun..selesai...

Dibawah adalah koleksi gambar di bengkel saya dan produk yang saya hasilkan sendiri..gambar saya snap sendiri dan kredit kepada Aydea Printing Collection.

Tempahan dari Malay College Kuala Kangsar
Tempahan dari Sekolah Agama Bidor,Perak
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Kolej Melayu Kuala Kangsar

Tempahan dari SMK Sayong

Tempahan dari SMK Raja Perempuan Kalsom

Tempahan dari SMK Raja Perempuan Kalsom

Cetakan nama syarikat MN Enterprise

Serba sedikit produk dan hasil kerja untuk silkscreen printing. Kami bukan sahaja menghasilkan produk dari screen printing. Ada lagi teknik iaitu Heat Press (Baju dan Cenderamata) Vinyl Printing (Jersey) dan percetakan cenderamata iaitu mug,keychain,glass frame dan banyak lagi.Bukan nak promote,nak promote pun tak guna kerana sudah berkecimpung dalam bidang yang lain. Modal untuk memerlukan perniagaan tak besar untuk silkscreen kerana more to DIY. Buat di rumah pun boleh kalau nak mula berniaga kecil kecilan..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA..

Friday, September 26, 2014

DIY : Format Semula Sistem Android Samsung Galaxy Y Sendiri


     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah lamanya saya tidak mengemaskinikan blog ini,kali ini saya akan membuat satu posting berkenaan sistem android.

    Saya mempunyai sebuah telefon pintar model Samsung Galaxy Young GT-S5360  yang 'hang' semasa ingin dihidupkan.Masalah ini boleh terjadi selepas kita mengemaskini/update sistem dan sistem tidak akan beroperasi walaupun kita 'reboot' berulang kali.

    Masalah yang saya hadapi tidak selesai setelah saya menggunakan 'Recover Mode' dengan melakukan factory reset dan wipe cache partition. Semuanya tidak berhasil dan sistem masih lagi 'hang' dan tidak beroperasi.


Recovery Mode
Cara untuk memasuki recovery mode adalah dengan kombinasi butang Home + Volume Up + Power serentak.
Sistem tidak dapat 'run' dengan sempurna.Masih stuck di sini.

      Tetapi terdapat cara untuk kita melakukan Hard Reset atau Format semula telefon ini.Apa yang perlu anda ada dan sediakan adalah :

      Perisian ODIN juga memerlukan fail seperti :
  • BOOTLOADER.tar.md5
  • PDA.tar.md5
  • PHONE.tar.md5
  • CSC.tar.md5
  • Dan TOTORO.pit
Perisian ODIN khas untuk model GT-S5360

      Fail di atas boleh didapati di dalam firmware yang dimuat turun di dalam zip/rar file.
Firmware yang telah dimuat turun.Extract atau keluarkan ketiga-tiga fail .tar.md5 ke dalam mana-mana folder

      Launch perisian ODIN dan masukkan fail totoro.pit yang telah dimuat turun tadi.
Fail totoro.pit

      Fail pda,phone dan csc yang telah dikeluarkan dari firmware yang dimuat turun tadi bolehlah dimasukkan dan pada aplikasi ODIN. Masukkan bootloader menggunakan fail PDA.tar.md5 yang sama sekali lagi yang telah dimasukkan sebelumnya tadi di butang PDA.
Paparan setelah dimasukkan fail yang diperlukan
      Pada gambarajah di atas,Uncheck bahagian Re-Partition. Pastikan fail yang tertentu telah dimasukkan di ruangan PIT,BOOTLOADER,PDA,PHONE DAN CSC. 


       Pastikan telefon anda telah memasuki download mode atau ODIN mode menggunakan kombinasi butang Home + Volume Down + Power yang ditekan serentak. (press and hold).

Tekan Volume Up untuk masuk ke mode ODIN
Download Mode/ODIN Mode

       Setelah selesai memasuki ODIN Mode pada telefon,sambungkan kabel USB antara telefon dan komputer.

Kabel USB disambungkan
      Lihat pada perisian ODIN. Pastikan perisian ODIN dapat mengesan telefon yang telah disambungkan.

Pada bahagian ID:COM telah bertukar kuning menandakan telefon anda telah berjaya dihubungkan dengan perisian ODIN.

      Setelah selesai dihubungkan dan semua fail telah dimasukkan,tekan butang START.

Setelah menekan butang start,ruangan ID:COM mempunyai loading bar menandakan proses sedang berjalan.Pada ruangan bawah pula menunjukkan perincian fail yang sedang dipindahkan.
      Pada peringkat ini,telah muncul loading bar di ODIN Mode telefon menandakan proses sedang berjalan



      Tunggu sehingga proses di peringkat akhir. Jika proses berakhir dengan jayanya,ruangan hijau bertulis PASS! akan tertera pada aplikasi ODIN.

Proses hard reset telah berjaya

      Anda boleh memutuskan sambungan USB dan ikut arahan pada telefon anda untuk proses selanjutnyan seperti penetapan bahasa dan sebagainya. Setelah habis melalui proses ini,telefon anda boleh digunakan sepenuhnya.

Telefon telah berjaya diformat

SELAMAT MENCUBA!


NANTIKAN POSTING AKAN DATANG !!
  • DIY : FORMAT TABLET ANDROID HANYA DENGAN MICRO SD CARD

  • DIY : MENGATASI SHORT DISTANCE LENS BLUR KAMERA TELEFON 

  • DIY : MENGUATKAN GELOMBANG RADIO FREKUENSI GPS DENGAN ANTENNA WIFI

  • DIY : MENGGUNAKAN SEMULA RADIO KERETA TERPAKAI MENJADI PEMAIN MEDIA RUMAH

  • DIY : PENGUBAHSUAIAN LAMPU PANEL METER KERETA







Wednesday, May 28, 2014

Sultan Perak DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Mangkat

     Assalamualaikum..berita tentang kemangkatan tuanku sultan pasti mengejutkan banyak pihak terutamanya penduduk Negeri Perak.Sultan Azlan telah mangkat di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur pada jam 1.30 petang.Selepas tersebarnya berita yang mengejutkan ini,bumi Kuala Kangsar dilimpahi hujan,seakan mengerti dan turut berdukacita.

     Dilantik pada 3 Feb 1984 sebagai Sultan Perak selepas Sultan Idris Shah II dan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke 9.Beliau telah memerintah Negeri Perak selama 30 tahun.Masih segar pada ingatan saya tentang kemangkatan YMM Raja Perempuan Tuanku Muzwin pada 6 Oktober 2011, 3 tahun yang lepas.

     Almarhumah adalah balu kepada Sultan Idris Shah II.Kemudian disusuli pula kemangkatan anakanda tercinta Alharhum Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada tanggal 30 Mac 2012 yang ketika itu memegang jawatan Raja Kecil Sulung  dilantik pada 16 Mac 2010.

     Kini,selang dua tahun dari kemangkatan Almarhun Datuk Seri Raja Ashman,kini Negeri Perak telah hilang Sultan kesayangan rakyat pula.Sebanyak mana sayang dan kasih rakyat Negeri Perak padanya,namun Allah S.W.T lebih menyayanginya.Semuanya berlaku mengikut ketentuan Illahi.

    Sama-sama kita menunggu keputusan Dewan Negara untuk melantik pengganti untuk mengambil alih tampuk kepimpinan Almarhun Sultan Azlan.Al-Fatihah..

Bakal Sultan untuk menggantikan Sultan yang mangkat
Raja Muda-Raja Nazrin Shah dan Raja Dihilir-Raja Jaafar
Dewan Negara juga boleh memilih 4 Raja-Raja Bergelar yang lain.


Jenazah Sultan Azlan tiba di Istana Iskandariah untuk majlis penghormatan terakhir
(sumber:page fb friend of BN)

Proses menggali pusara di Makam Diraja Kuala Kangsar
(sumber:page fb friend of BN)

Suasana pada sebelah malamnya pula
(sumber:saya sendiri)