Friday, February 12, 2016

Kenangan Bersama Sahabat Kerja Yang Paling Indah



Apabila telah hidup merantau mencari pekerjaan yang lebih baik dan meninggalkan kampung halaman adalah perkara yang sukar namun ianya harus ku tempuhi demi memenuhi cita-cita ku ini sejak di bangku sekolah lagi.

Lepas aku tamatkan pengajian dalam Diploma In Multimedia aku terus bekerja sebagai anggota lanskap di Galeri Sultan Azlan Shah. Aku tak peduli apa orang kata. Ada member offer kerja di KRU Studio di Cyberjaya tapi aku tolak sebab tak sedia nak merantau dan tinggalkan mak aku. Ada orang mengata,aku pekakkan telinga. Setiap petang aku balik rumah bau baja. seluar kotor kena tanah. baju busuk bau peluh dan lumut kolam. Sedar tak sedar dkat 3 Tahun aku diam kat sini dan mmgang jawatan penolong penyelia. Alhamdulillah sekarang aku bekerja sebagai Penjawat Awam di Kuala Lumpur.

Kenangan sewaktu bersama mereka sangat manis dan berbagai rintangan dan cabaran kami hadapi bersama..Jujur aku telah menganggap mereka seperti abg dan adik aku sendiri dan kami dah ibarat satu keluarga.


Ini bob. Bob seorang yang kelakar dan disenangi semua orang, Jadilah seperti Bob. Bob baik. haha member paling sporting dan member yang boleh membuatkan aku yang tak banyak mulut ni berceloteh macam mak nenek. Apabila kami bergabung dan berimaginasi,tak de ssiapa boleh mencelah...


Ini abg man. Sifu kami semua.. sudah berkahwin anak 5. Jangan tak caye pulak ye..hihi. Seorang yang banyak mengajar aku erti khidupan,tempat aku luahkan perasaan,hati aku susah je aku mesti dtg rumah die... kawan dengan abg man dah lama sampai aku pun ikut loghat kedah. Abg man telah mengajar aku cara memperbaiki mesin,enjin,welding sampai aku boleh welding sisik ikan! Tq abg man..


Yang ni pulak razak.. die malu nak ambil gambar..hari-hari kena bahan dengan aku..tapi die ni baik selalu tolong aku. Die jugak selalu buat kitaorg asyik nak brainwash je otak die. haha sampai merajuk la die kitaorang bahankan..hihi


Yang ni pulak Nuar.. staff Galeri Sultan Azlan Shah tempat kitaorg kerja.. Tapi die Jabatan Muzium.. Kitaorang Jabatan Penyapu n Blower..haha ehh! Nuar ni pemalu tapi peramah. Slalu bgurau dngan kitaorang walaupun kitaorang ni orang bawahan je.. Penah blanja aku KFC dan lepak karaoke setiap hujung bulan.

Ehhh!! ada pulak gambar Razak. Dah story pasal die tadi. Oklah Ajak...Ajak mmg hensem,,itu je nak komen kat Ajak ni... 


Yang ni pulak abang Fauzi. Die OKU pekak dan bisu. Tapi kalaulah die boleh bercakap,mmg riuh sekampung. Perkara paling kelakar die call aku dan dengar bunyi Wooo Wooooo erkkkkkk ekkkkkk hahaha. Tapi die baik hati dan rapat dgn kitaorang. Die klau die rindu die videocall,tapi aku pulak susah nak translate..haha


Yang ni pulak Azda. Keje asyik nak motong pokok je. Haha..sudah berkahwin bukan bujang lagi..sori pada gadis-gadis single di luar sana ye..hihi. Harap-harap berjaya masuk PDRM!


Yang ni Acap. Maaf juga pada gadis-gadis di luar sana,Acap sekarang dah berpunya haha


Ini bang dollah tengah ikat bata dan Hazim pakai baju hitam. Tengok pun dah tahu mmg rajin bekerja. Dua-dua ni paling digeruni. hihi tapi Hazim ni rapat dengan aku. Die la mengajar aku hisap rokok daun time rehat.haha



Tak lupa juga bos kami..Cik Mior!! Terima kasih Cik Mior..sebab dapatkan saya lesen lori dan naikkan pangkat dan gaji saya DUA kali lepas tandatangan surat pengesahan jawatan.sepanjang bekerja dengan bos,saya pandai mesin rumput,bercucuk tanam pokok bunga,hias taman,baiki mesin,cop baju,welding,kerja pembinaan,kimpalan besi... sampai ke hari ini saya berterima kasih pada cik mior sekeluarga.


Inilah sebahagian daripada pekerja hiasan haruman ent. Aku takde sebab aku dah resign..join  bisnes printing T-Shirt...


Ehh lupa pulak... ni Jue..pada jejaka di luar sana..dia dah berpunya... dulu dia cleaner je..sekarang dah jadi akak polisss


Skuad Galeri bersama kereta kebal,Artileri dan beberapa senjata berat. Berkorban untuk Puan Jan........OPSSS!!

Pada yang tiada dalam gambar,IS,AUS,KENEN,KAK NANI,KAK FIZA,ANAS, dan ramai lagi yang pernah bekerja di HHE...aku rindu korang semua...

Dunia Percetakan T-Shirt (Silkscreen)

    
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Maaf kerana telah sekian lamanya,saya baru ada mood nak tulis blog..Update terakhir saya pada september 2014 dan Alhamdulillah jumlah pembaca telah mencecah 48033 pada 45 posting saya sebelum ni.

     Berkenaan dengan posting pada kali ini,saya akan menceritakan tentang percetakan T-Shirt dan mencetak pakaian secara silkscreen yang pernah saya komersialkan dahulu. Menggunakan modal yang rendah,kita boleh menghasilkan baju yang bermutu tinggi,

Pada yang belum mengetahui bagaimana proses percetakan ini,saya akan menceritakan serba sedikit. Silkscreen adalah percetakan yang menggunakan Dye sama ada dari jenis getah (Rubber Dye) atau minyak (Plastisol). Proses yang dilakukan mengikut step by step adalh seperti berikut:

1. Proses untuk menghasilkan negatif dari illustrasi yang disunting di dalam perisian Adobe Illustrator atau Adobe Photoshop dan dicetak ke atas Tracing Paper atau Plastik Lutsinar menggunakan Laser Printer.
sumber:google image
2. Setelah menghasilkan negative,kita akan memerlukan blok. Blok adalah kayu yang direka berbentuk segi empat atau frame dan direngangi oleh kain sutera saring atau jaring mesh. Kain mesh mestilah tegang dan tidak beralun.

google image
3.Seterusnya blok ini akan disapu sejenis bahan yang dipanggil Photo Emulsion. Photo Emulsion adalah sejenis bahan yang sensitif terhadap cahaya dan dicampurkan bersama sensitizer dalam nisbah 1:10.Saya tunjukkan blok saya di bawah .
Pembantu saya menyapukan Photo Emulsion pada permukaan blok

Emulsion disapu menggunakan scoop coater
3. Seterusnya proses pengeringan. Dilarang sama sekali terdedah kepada cahaya matahari atau UV. Blok akan rosak jika terdedah. 

4. Setelah blok kering,satu proses palin penting iaitu EXPOSE. Proses expose melibatkan negatif yang dicetak,blok yang kering dan paling penting adalah cahaya lampu UV.

meja lampu berbekalkan cahaya UV.Saya dah lupa berapa watt
5.Setelah selesai proses expose dan didedahkan pada cahaya selama 2 minit,kita akan cuci blok dengan air yang laju. Boleh tonton video dari youtube tentang cara expose dan mengeluarkan imej dari blok dengan air.

6.Setelah mencuci blok,keringkan dahulu dan sampai ke peringkat akhir iaitu mencetaknya ke atas baju.Sekuji digunakan untuk menyapukan Dye pada fabrik. Video dari youtube.


7. Setelah selesai cetak,keringkan menggunakan hair dryer atau hot air gun..selesai...

Dibawah adalah koleksi gambar di bengkel saya dan produk yang saya hasilkan sendiri..gambar saya snap sendiri dan kredit kepada Aydea Printing Collection.

Tempahan dari Malay College Kuala Kangsar
Tempahan dari Sekolah Agama Bidor,Perak
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Kolej Melayu Kuala Kangsar

Tempahan dari SMK Sayong

Tempahan dari SMK Raja Perempuan Kalsom

Tempahan dari SMK Raja Perempuan Kalsom

Cetakan nama syarikat MN Enterprise

Serba sedikit produk dan hasil kerja untuk silkscreen printing. Kami bukan sahaja menghasilkan produk dari screen printing. Ada lagi teknik iaitu Heat Press (Baju dan Cenderamata) Vinyl Printing (Jersey) dan percetakan cenderamata iaitu mug,keychain,glass frame dan banyak lagi.Bukan nak promote,nak promote pun tak guna kerana sudah berkecimpung dalam bidang yang lain. Modal untuk memerlukan perniagaan tak besar untuk silkscreen kerana more to DIY. Buat di rumah pun boleh kalau nak mula berniaga kecil kecilan..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA..