Wednesday, February 5, 2014

Lifehacker : Refill Sendiri Katrij Printer Anda Untuk Super Penjimatan

Assalamualaikum..pada posting kali ini,saya ingin kongsikan cara untuk menjimatkan kos pada mesin pencetak (Printer).Kepada pengguna printer yang tidak sesuai untuk dipasang sistem CISS (Continuous Ink Supply System) dan perlu menukar katrij yang mahal jika habis,saya ada cara untuk menjimatkan anda dari membeli katrij yang baharu.

Sistem CISS.Abaikan jika anda menggunakan sistem ini kerana kitar semula katrij hanya untuk pencetak yang tidak boleh dipasang sistem CISS.

Setiap katrij dipasang dengan satu cip yang menentukan paras ink dalam katrij.Pada pendapat saya,cip ini bukanlah mengukur paras ink dalam katrij,sebaliknya ia mempunyai satu sistem dan mengurangkan jumlah penggunaan ink selepas helaian kertas dicetak.Paras ink dalam katrij tidaklah diisi sepenuhnya.Rujuk gambar di bawah :

Masih ada span yang belum diserap ink.Ink diletakkan dalam kadar yang sedikit kebiasaannya.Ini adalah asal dari kilang
(foto ehsan google)

Jika katrij ini telah low dan habis,kita perlu membeli katrij yang baru.Purata harga sebuah katrij RM 50 (Color) dan RM45 (Black).Jika kita menggunakan pencetak untuk kerja yang banyak,sudah tentu tidak sampai sebulan anda perlu menukar katrij.Ini melibatkan kos.Jadi saya ada satu solusi.


ini adalah katrij yang saya recycle semula dan dapat bertahan selama lebih 2 bulan.Buka katrij dengan berhati-hati.Kebiasaannya katrij ini digam dan memerlukan usaha untuk membukanya.Jika anda tidak mahu membukanya,tanggalkan pelekat diatas katrij.Terdapat lubang kecil untuk refill semula ink.Caranya ambil picagari yang dilengkapi jarum dan 'inject' pada lubang tersebut dengan berhati-hati.Saya lebih menyukai cara membuka penutup katrij ini kerana saya dapat melihat keseluruhan ruang warna samaada ianya betul-betul kering atau sebaliknya.Ini penting untuk saya tahu berapa kuantiti ink yang perlu ditambah.

Inilah ink isian semula dan boleh digunakan untuk tempoh melebihi 4 bulan.Cuma tuangkan kedalam ruang warna didalam katrij mengikut warnanya.Perlu diingat,jangan isi ink berlebihan.Pastikan semua ink diserap didalam span.Jika anda melihat ink melebihi span,keringkan menggunakan tisu.Ini kerana selepas proses isian semula,katrij ini harus digam di sekelilingnya.Jika isian ink melebihi span,dikhuatiri,ink yang berlainan boleh tumpah kedalam ruang ink yang lain.Jika percampuran telah terjadi,keluarkan span,basuh dan keringkan.Jangan basuh dengan katrij sekali kerana dibawah katrij mempunya head yang cukup sensitif.

Setelah selesai,Tampalkan dengan selofan tape diantara penutup dengan badan katrij.Ini bertujuan mengelakkan udara memasuki bahagian dalam katrij dan boleh memendekkan jangka hayat dan penggunaan katrij.

Lakukan juga pada katrij bewarna hitam.

Selepas selesai dan memasang semula katrij,lakukan cleaning,dan print nozzle check.
(gambar google)


Hasilnya...anda boleh mencetak seberapa banyak yang anda mahu tanpa memikirkan kos yang harus ditanggung.

Pesanan penting :
  • Lakukan ini apabila ink catrij asal anda telah betul-betul kehabisan ink.
  • Pencetak akan memberikan anda amaran low ink.Abaikan anda masih boleh menggunakannya sehingga habis.
  • Apabila ink telah habis,akan keluar satu tanda amaran.
Add caption
  • Pada ketika ini anda boleh kitar semula katrij anda.Pastikan anda menekan butang start (hijau) selama lima saat (reset).Selepas anda menekan butang ini,pencetak takkan mengukur tahap ink didalam katrij dan akan menggunakan terus katrij tersebut.

Semoga bermanfaat untuk anda dan semoga berjaya!!






Tuesday, February 4, 2014

D.I.Y Meter Kereta-Repair Mileage Yang Tidak Berfungsi.

Assalamualaikum..saya ingin berkongsi sesuatu info yang baru sahaja saya temui apabila meter mileage saya tidak berfungsi/bergerak untuk merekodkan jarak perjalanan kenderaan.

Hal ini penting kepada saya supaya saya boleh menganggar kapasiti petrol dan jarak perjalanan apabila meter minyak tidak menunjukkan kapasiti petrol dengan tepat apabila jarum meter minyak hampir dengan E.

Saya memiliki sebuah proton iswara keluaran tahun 2000 dan apabila meter minyak pada paras merah,kereta masih lagi boleh berjalan lebih kurang 50km.Dengan sekali isian bernilai RM10 kereta saya boleh bergerak sejauh 50km.Kadang-kadang tidak sampai 50 km cuma 40km kerana gaya pemanduan memainkan peranan dalam penjimatan petrol.

Kita dapat menjimatkan kos tanpa perlu menukar odometer yang baru.Hanya perlukan sedikit sentuhan pada belakang speedometer.
Ok,mari kita mengesan masalah dan perbaikinya :

Inilah komponen pada bahagian Speedometer.Nampak dengan jelas susunan nombor
yang merekodkan Mileage.Bahagian hijau itu adalah gear yang memacu pergerakan
mileage tersebut.

Masalah yang sering dihadapi adalah hanya gear yang berwarna hijau tersebut bergerak tetapi tidak menggerakkan
batang shaft tersebut.Inilah punca tenaga ataupun daya tidak sampai kepada komponen mileage.Tetapi dalam kes saya,bukan gear hijau yang bermasalah tetapi hanya gear sebelah dalam (petak merah) itu yang berpusing sendiri tanpa menggerakkan batang shaft.

Keluarkan gear besi tersebut.Cara untuk mengeluarkannya hanyalah cabut gear plastik bewarna hijau dahulu,ketuk batang shaft  kebawah dengan lembut sehingga tenggelam.Tarik pada hujung shaft (Petak oren pada gambar 2) untuk melepaskan gear besi tersebut.

Pada gear besi ini,saya telah melakukan sedikit ketukan (anak panah) bertujuan menyempitkan ruang yang akan memuatkan batang shaft.Ketukan harus dilakukan berhati-hati.Setelah selesai,masukkan semula batang shaft,dan mungkin memerlukan sedikit ketukan pada hujung batang shaft untuk memasukkannya semula pada lubang gear kerana lubang gear yang sempit memberikan cengkaman yang kuat pada batang shaft untuk memusingkan komponen mileage.


Perkara yang harus dititikberatkan adalah :
  • Berhati-hati menyentuh spring pada speedometer kerana ia adalah bahagian yang sensitif.Kesilapan akan membuatkan bacaan speedometer tidak tepat. (Meter Berat)
  • Bahagian belakang speedometer adalah plastik.Ketuk dengan perlahan untuk melepaskan batang shaft daripada gear.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!!