Friday, January 24, 2014

D.I.Y Bersihkan Head Printer Anda Secara Manual (Sublimation ink)

Setelah saya berkursus di Klang,ingin saya kongsikan cara untuk mencuci head pencetak anda,mungkin berguna untuk anda yang menggunakan ink sublimation khusus untuk mencetak cendermata atau baju.Saya menggunakan printer epson T60.Head ini perlu dicuci dan dijaga untuk mengelakkan kerosakan head.Harga untuk head printer ini mencecah RM 500.00 dari harga pencetaknya iaitu RM 800.00.Satu jumlah yang besar dan tentu tak berbaloi jika rosak kan?

Saya akan membuat tutorial,dan maaf! Kualiti gambar tidak memuaskan .
Dalam proses ini,anda memerlukan.

1)Syringe atau picagari tanpa jarum
2)Sublimation Cleaner Oil (Boleh order pada d.i.y printing supply Klang atau dapatkan di mana-mana kedai supplier printing)

Bahagian atas printer head.kalau boleh,cuci dulu ink yang melekat tu.

Bahagian bawah printer head.

Inilah dia Sublimation Cleaner Oil.Sedut menggunakan picagari dalam 15 ml untuk setiap satu lubang ink pada head

Pastikan tiang pada lubang ink tersebut masuk ke dalam lubang picagari.Kalau tak muat,luaskan lubang picagari tersebut.Lapikkan mug di bawah head kerana minyak yang diinject akan keluar melalui liang-liang head.Lakukan pada setiap lubang ink/inlet.
\
Juga pastikan bahagian dalam bersih dari tumpahan ink.

Bila dah selesai,pasang semula head dengan berhati-hati dan buat test print.Kalau warna tak keluar,buat cleaning melalui tab maintenance pada printer dialog box.

NANTIKAN POST TERBARU SAYA
-LIFEHACKER-

Adakah anda masih menggunakan katrij pada pencetak anda.Print tak sampai dua ratus helai kertas ink dah low?Bosan asyik beli katrij baru ? Saya ada penyelesaian untuk anda menggunakan katrij yang sama tanpa perlu ditukar dan print banyak mana yang anda suka tanpa guna Continuous Ink Supply System (CISS).Nantikan..




Warnakan Gambar Lama Dengan Adobe Photoshop

Salam..saya ada tutorial nak share pada anda, khas untuk anda pembaca blog ini.Saya menulis tutorial ini setelah mendapat permintaan dari rakan-rakan.Banyak gambar yang boleh diwarnakan terutama gambar-gambar bersejarah yang kita tak pernah tengok .Memang menarik.Kunci untuk menghasilkan yang terbaik adalah kesabaran,ketekunan dan imaginasi.

Saya akan mulakan dengan gambar che guevara ini ye.Saya tak boleh buat yang terbaik kerana saya menggunakan Adobe Photoshop CS3 berbanding CS6 kerana teknologinya lebih tinggi.Jadi,saya rasa ia memadai untuk anda tahu asasnya dahulu.

OPEN

Pergi ke file > open > pilih gambar...

UNLOCK

Pergi kepada panel layer > double click > ok.Kalau tak ada panel layer,pergi ke window > layer

TUKAR KE CMYK MODE

Klik image > mode > CMYK color.CMYK color terdiri dari 4 warna asas yang akan membentuk ribuan warna lain.
C mewakili cyan,M magenta,Y yellow dan K hitam.Anda akan bermain dengan empat warna ini untuk mendapatkan
warna yang dikehendaki.

SELECT

Tekan CTRL+A untuk select all.Tujuan kita select all ialah kita akan membuat refine edge.Refine edge adalah untuk
kita smoothkan edge bila kita akan warnakan nanti.Tak faham ? Tunggu..

REFINE EDGE

pergi menubar select > refine edge

ADJUST RADIUS

Ini proses paling penting.Proses ini menentukan hasil kualiti warna anda nanti.Inilah panel efine edge untuk adobe cs3..tidak begitu banyak adjustment berbanding cs3.Adjust radius mengikut citarasa anda..lebih banyak lebih baik..

SELECT BAHAGIAN YANG INGIN DIWARNAKAN

Gunakan tool lasso (polygonal lasso).Lasso tool boleh dijumpai di toolbox disebelah kiri,nombor tiga dari atas.Pilih bahagian yang anda ingin warnakan dahulu.Contoh,saya nak warnakan muka.Saya select bahagian muka sahaja dahulu.

CURVE

Pada bahagian layer,bawah sekali nombor 4 dari kiri.Klik > pilih curves

ADJUST WARNA CMYK

Akan keluar satu panel CMYK.Disini terdapat warna C,M,Y,K yang telah dipisahkan.Anda perlu adjust setiap warna tersebut untuk menjadi warna yang anda inginkan.Kemahiran mencampur adukkan warna diperlukan di sini.

Anda boleh rujuk roda warna CMYK di sini untuk menghasilkan warna.

MULA MEWARNA

Saya akan menghasilkan skintone iaitu warna kulit.Jadi saya perlu menyesuaikan setiap warna untuk mendapatkan warna kulit.Lihat graf warna cmyk yang saya dah adjust.

WARNAKAN ELEMEN YANG LAIN

Warnakan baju,rokok,api rokok dan background belakang.Kalau gambar yang anda pilih terlalu banyak elemen,kenalah bersabar,ambil masa untuk warnakan elemen-elemen tu...

REPAIR

Setelah kita warnakan muka,kita tak sedar kita telah warnakan sekali matanya dengan warna kulit.Sekarang,kembalikan warna asal mata.Pilih bahagian putih dan hitam mata untuk diwarnakan dengan warna yang sesuai supaya kelihatan lebih realistik.Warnakan juga rambut dan janggut supaya kelihatan hitam sedikit.

DONE!

Siap.!

TOUCH UP

Anda boleh nampak ada bahagian yang tidak diwarnakan.Sebab itulah pentingnya proses refine edge,supaya hujung-hujung warna tidak terlalu kasar dan refine edge akan melembutkan batas warna tersebut.Adjust menggunakan Smudge tool toolbox > no 13 dari atas.Tarik warna tersebut seperti yang anda kehendaki.
Selepas menggunakan smudge tool.Masalah ini jarang berlaku pada perisian CS6 kerana kerana proses refine edge yang baik.

Semoga tutorial ini sedikit sebanyak membantu anda...













Friday, January 17, 2014

Pendedahan! Awas Pendrive Kingston Tiruan !

Salam 1 Malaysia,

   Dengan hati yang tenang dan redho,saya menulis dan membongkar untuk mengelakkan pengguna di luar sana mudah ditipu.Saya telah membeli sebuah pendrive kingston 512GB (pertama kali dengar) di pasar malam.Melihat ramai orang membelinya,dengan harga yang murah ditambah pula peknya sama seperti kingston yang original membuat saya tertarik untuk membelinya.

  Saya membeli dengan harga RM 20.00 sahaja tanpa mengesyaki apa-apapun.Bila balik ke rumah,saya terus mencuba di komputer.Memang betul,memorinya adalah 512GB.Hati saya tergerak untuk format semula pendrive tersebut dan tidak berjaya untuk diformat.

   Pelbagai cara dilakukan termasuk menggunakan Command Promp tetapi masih tidak berjaya.Jenis fail sistemnya adalah exFAT.Saya tak boleh nak format atau tukar format kepada FAT atau NTFS.Jadi saya membuka pendrive tersebut dan terkejut kerana melihat motherboard/papanlitar tersebut hampir sama seperti Bluetooth USB Adapter dan nipis.Modul memorinya mencurigakan kerana IC nya hanya 8 kaki sahaja berbanding yang original (48 kaki).Barulah saya tahu ianya adalah fake atau counterfeit.

lihat gambar yang saya tangkap di bawah:

fake di kiri dan original di kanan

   Lihatlah fizikalnya,dengan warna sarungnya yang terang lagi lutsinar.Modul di atas mainboardnya pun tak sama dengan yang original di kanan tu.Dan mainboard yang fake tu ada bulatan bulat hitam tu.Saya selalu perasan benda tu semasa repair mainan budak2.Benda tu lebih kurang macam IC la tapi low class punye sebab saya tak pernah nampak dalam mainboard mana-mana alat elektronik berjenama.

  Kalau kita lihat pula fizikal mainboard ori,lengkap dengan IC yang hebat sebab kaki dia banyak,melibatkan proses yang kompleks dan banyak lagi komponen elektronik atas tu.Mainboardnya pun tebal berbanding mainboard fake tu yang nipis..warna mainboard pun lain..jom kita lihat bahagian belakangnya pula..


Bahagian belakang fake tu kosong,langsung tak ada komponen dan modul/IC/Cip memorinya berbanding yang oiginal,terdapat banyak komponen elektronik yang kecil dan 1 besar iaitu modul memori di mana data disimpan.Besar walaupun ianya cuma 2GB berbanding di fake sebelah iaitu 512GB!

Dan lagi 1 saya perasan,di kepala pendrive yang original ada cetakan.Anda lihat di bawah.


   Ada cetakan bertulis DT 101027 2GB (nombor kat atas tu saya silap taip) itu menunjukkan yang pendrive kita memang original dari kingston.Pendrive yang fake TIADA cetakan ini.


   Semoga kita berwaspada dengan dunia globalisasi sekarang,ramai mencari keuntungan dengan jalan yang mudah.Saya tidak menyalahkan peniaga tersebut kerana dia juga mencari rezeki,kalaulah dia mengaku dia adalah wakil dari kingston atau jurujual sebuah syarikat,saya sekarang akan membuat laporan polis.Bukan kerana saya kerugian RM 20.00 tu,tapi saya mahu mengelakkan orang lain tertipu sama sekali dengan membeli barangan tiruan.Semoga kite lebih berwaspada selepas ini.

  Saya kongsikan gambar external hard disk di bawah ini,penipuan yang berlaku semasa membeli barangan di pc fair yang saya jumpa di laman sosial.


gambar credit to google.



Merujuk pada website kingston.com,tiada pendrive yang berkapasiti 512GB.Lukenabeb!!!




Saturday, January 11, 2014

Mengapa Albert Einstein Lebih Bijak Dari Orang Lain

Setelah saya membuat sedikit kaji selidik berkenaan Albert Einstein dan mencari tahu mengapa beliau lebih pintar dari manusia biasa,sedikit fakta dan logik telah terjawab.




Mungkinkah tabiat pemakanannya yang membuatkan beliau begitu pintar ? Adakah beliau mengambil ubat-ubatan atau vitamin tertentu untuk kecerdasan fikiran..?

Jawapan untuk persoalan itu adalah,tuhan telah menganugerahkan Einstein sebuah organ seperti dimiliki oleh manusia lainnya iaitu otaknya.Otaknya adalah istimewa dan berbeza dari manusia lainnya.

Ukuran otaknya jika dilihat adalah normal tetapi lipatan otaknya berbeza dari manusia lain.Mari kita rujuk gambar di bawah.

Lipatan yang rumit ini adalah pada bahagian cerebral cortex atau grey matter.Bahagian ini yang mengatur kesedaran dan pemikiran manusia dan ia ada kaitan dengan IQ nya yang tinggi.Para pengkaji barat mengandaikan,jika semakin banyak lipatan,dapat menciptakan permukaan yang lebih luas untuk proses mental..

Bila perkara ini berlaku,semakin banyak hubungan dengan sel-sel otak,dan jika ini terjadi,kita akan berfikiran lebih cerdik daripada orang lain dan dapat menyelesaikan banyak masalah.Jika otak kita selaju intel pentium 2,3,4, otak beliau mungkin selaju intel i7 agaknya..haha..

ok!..dah hasil kajian saya,jumlah neuron di dalam otak Einstein sangat banyak.Berat otaknya hanyalah 1,230gram berbanding otak manusia biasa 1,400gram.Ringan sedikit berbanding otak manusia lainnya,dan pada otaknya yang ringan itulah,terdapat ketumpatan neuron yang sangat tinggi yang membolehkan ia berfikir lebih genius.

Jika kita membuat kesimpulan : Jika ketumpatan neuron begitu banyak,dia mampu berfikir lebih genius.

Eintein mempunya IQ sebanyak 160,akan tetapi ada lagi manusia yang mempunyai IQ lebih tinggi iaitu Bobby Fischer seorang pemain chess sebanyak 187 dan paling tinggi direkodkan.

Walaupun otak kita tidak sekompleks otak Einstein,tetapi kita mampu untuk menguruskan kehidupan seharian kita ataupun orang lain dengan sebaik mungkin.Kadangkala,apabila kita sudah dikurniakan otak,tapi kita letak di kepala lutut.Otak bila di kepala lutut takkan berfungsi kerana saraf tunjang tidak dihubungkan ke situ..haha!!

Jika kita dah tahu yang neuron memainkan peranan yang tinggi,seharusnya kita menjaga otak kita dengan baik,meminum sesuatu yang beralkohol dapat membunuh neuron di dalam otak sekaligus mengurangkan jumlah neuron sedia ada.Kebimbangan atau tekanan perasaan dapat 'membunuh' neuron otak dan menghentikan proses neuron baru.

Pemakanan yang sihat memainkan peranan yang BESAR sekali.Otak memerlukan 20% dari oksigen dan nutrien yang kita makan.Jadi,'suap'lah makanan seperti buah-buahan,sayuran dan OMEGA3.

Disamping kajian ini,saya telah membuat satu transformasi mengenai cara saya berfikir.Kadangkala saya susah mengingati sesuatu fakta atau mengingatinya,atau apa yang disampaikan oleh orang lain.Salah satu cara untuk mengingati fakta adalah dengan acronym atau pangkal huruf.Kalau emak suruh ke kedai beli telur,roti,dan gula,kita susun akronim ini.
T-Taman
R-Ramai
G -Girl.haha!!
Saya yakin ramai orang dah tau lebih2 lagi bila exam nak dekat.

Ada lagi satu cara yang lain iaitu dengan SISTEM PEMBANTU MEMORI
contoh : raifal m-16 menggunakan peluru 5.56mm berbanding AK-47 yg menggunakan peluru 7.62mm
caranya : cara saya bayangkan,Mat,16 tahun,main senapang pukul 5.56petang dan AKmal umur 47 tahun balas tembakan mat pukul 7.62. (8.02minit) sambil bayangkan suasana bermain senapang kayu.

lebih kurang begitulah! Ia akan memberi gambaran yang lebih mudah diingati.Bila otak kita kosong dan tak boleh 'proses' penghantaran maklumat yang diterima,susah untuk kita mengingatinya semula.

Saya tamatkan di sini saja dan berjumpa pada post akan datang.

*post ini adalah hasil kajian berdasarkan carian di internet,dikaji dari pelbagai sumber kemudian digabungkan dan ditulis di sini.Tanpa copy pasta.Semoga bermanfaat untuk anda.