Persoalan tentang kekeliruan saya,dimanakah keris Taming Sari yang sebenarnya.Mungkin ada orang berkata,keris Taming Sari ada pada simpanan Sultan Perak kerana pernah dipamerkan untuk tatapan umum seperti di Galeri Sultan Azlan Shah.Keaslian Keris Taming Sari yang dipamerkan itu mungkin diperkuatkan dengan cara penjagaannya,disimpan di dalam peti besi selepas dipamerkan dan mesti dipamerkan bersama Pedang Cura Simanja Kini.
Baru-baru ini,terdapat maklumat yang beredar di internet berkenaan Sultan Melaka iaitu Raja Nor Jan.Raja Nor Jan mendapat pengiktirafan itu daripada mahkamah agong antarabangsa.Sedang saya membaca dan meneliti artikel tersebut,satu surat daripada mahkamah antarabangsa dipaparkan untuk tatapan umum.
Selepas saya meneliti surat ini,saya tertarik dengan perenggan ini.
Beliau Telah mendapatkan keris tersebut ? Berapa banyakkah keris Taming Sari yang dicipta pada zaman itu? Setahu saya,hanya 1 sahaja milik Laksama Hang Tuah seperti yang diceritakan berdasarkan sejarah.Ada sesetengah pendapat mengatakan keris tersebut telah dicampakkan kedalam lautan kerana Hang Tuah berasa kesal setelah membunuh Hang Jebat setelah dinasihatkan oleh Nabi Khidir AS.
Persoalannya,di manakah keris Taming Sari dari bumi Melaka milik Hang Tuah sebenarnya? Mungkin tiada siapa tahu,hanya Allah s.w.t yang maha besar mengetahuinya.
Satu lagi kekeliruan yang melanda adalah,Pedang Cura Simanjakini. Klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pedang ini.(credit to tengkusyah) .Seperti yang dikatakan oleh Raja Ahmad Nasir,bahawa pedang tersebut yang dimiliki kerajaan negeri Perak adalah pendua.Hanya 'pedang Cura Simanjakini' kepunyaan Raja Ahmad Nasir sahaja dikatakan asli.Lihat di bawah.
Dimanakah Pedang Cura Simanjakini yang asli ? masih menjadi kekeliruan bagi saya yang bergelar rakyat.Tetapi saya masih percaya walaupun keliru bahawa Pedang yang asli itu kepunyaan Kerajaan Negeri Perak kerana masih ada pantang larang,dan jika dilanggar pantang itu,maut padahnya seperti yang diceritakan oleh pihak Tuanku Sultan kepada saya sendiri.
DAULAT TUANKU