Berdasarkan pengalaman sepanjang pemanduan saya ke Kodiang tempoh hari,setibanya saya di Tunjang (salah satu nama kawasan di jalan kodiang) ,saya terasa penjajaran tayar saya tidak seimbang/sejajar.
Setelah berhenti di bahu jalan,saya memeriksa semua tayar,dan keempat tayar berada dalam keadaan sempurna.Saya teruskan perjalanan dan tiba ke destinasi.
Sesampainay ke destinasi yang dituju,enjin kereta mengeluarkan bunyi yang sangat kasar.Sebaik membuka but hadapan,saya terkejut kerana penutup di atas enjin hilang.Sebelum balik ke kampung halaman di Perak,saya pergi ke sebuah bengkel untuk menukar minyak hitam.
Selepas selesai menukar minyak hitam,saya membuat penjajaran tayar,RM 12 Je..murah kan..semasa membuat balancing,pomen tersebut perasan tayar saya bengkak sebelah,tunggu nak meletup je.
Di dalam wallet hanya RM 130.00..aduh..nak kena tukar tayar baru juga,tayar spare tak boleh digunakan kerana berlainan saiz,nak balik jauh.
Last2 tukar juga tayar second brand Falken.Tayar second yang baru,harga RM 45.00,murah kan? Disisi tayar tersebut ada nombor 0712.Nak tahu nombor apa? tengok di bawah..
Inilah detail-detail pada tayar yang harus anda tahu.
Dan nombor pada tayar sebenarnya Minggu dan Tahun ia dibuat
Tayar kebiasaannya akan dapat bertahan sehingga 3 tahun.Selepas 3 tahun,getar di tayar akan mengeras/mati dan boleh mendatangkan bahaya pada pemanduan jarak jauh.Seperti tayar yang saya dapat,dibuat pada minggu ke 7 iaitu bulan 1 tahun 2012.jadi jangka hayat tayar saya tinggal 1 tahun lebih sahaja.
Lagi 1 tips,untuk ukur bunga tayar anda,gunakan syiling 20sen.kalau tulisan sen tu tenggelam antara bunga tayar anda,kiranya cantik lagilah bunga tayar tu.
Kita jumpa lagi pada masa akan datang.Semoga info yang saya sampaikan dapat manfaat pada anda semua.