Tuesday, December 31, 2013

Kekeliruan Tentang Keris Taming Sari dan Pedang Cura Simanjakini.

     Assalamualaikum.Dah terlalu lama saya tidak update blog ini,disebabkan kesibukan dan masalah yang tidak dapat dielakkan..

   Persoalan tentang kekeliruan saya,dimanakah keris Taming Sari yang sebenarnya.Mungkin ada orang berkata,keris Taming Sari ada pada simpanan Sultan Perak kerana pernah dipamerkan untuk tatapan umum seperti di Galeri Sultan Azlan Shah.Keaslian Keris Taming Sari yang dipamerkan itu mungkin diperkuatkan dengan cara penjagaannya,disimpan di dalam peti besi selepas dipamerkan dan mesti dipamerkan bersama Pedang Cura Simanja Kini.

   Baru-baru ini,terdapat maklumat yang beredar di internet berkenaan Sultan Melaka iaitu Raja Nor Jan.Raja Nor Jan mendapat pengiktirafan itu daripada mahkamah agong antarabangsa.Sedang saya membaca dan meneliti artikel tersebut,satu surat daripada mahkamah antarabangsa dipaparkan untuk tatapan  umum.


Selepas saya meneliti surat ini,saya tertarik dengan perenggan ini.


Beliau Telah mendapatkan keris tersebut ? Berapa banyakkah keris Taming Sari yang dicipta pada zaman itu? Setahu saya,hanya 1 sahaja milik Laksama Hang Tuah seperti yang diceritakan berdasarkan sejarah.Ada sesetengah pendapat mengatakan keris tersebut telah dicampakkan kedalam lautan kerana Hang Tuah berasa kesal setelah membunuh Hang Jebat setelah dinasihatkan oleh Nabi Khidir AS.

Persoalannya,di manakah keris Taming Sari dari bumi Melaka milik Hang Tuah sebenarnya? Mungkin tiada siapa tahu,hanya Allah s.w.t yang maha besar mengetahuinya.


   Satu lagi kekeliruan yang melanda adalah,Pedang Cura Simanjakini. Klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pedang ini.(credit to tengkusyah) .Seperti yang dikatakan oleh Raja Ahmad Nasir,bahawa pedang tersebut yang dimiliki kerajaan negeri Perak adalah pendua.Hanya 'pedang Cura Simanjakini' kepunyaan  Raja Ahmad Nasir sahaja dikatakan asli.Lihat di bawah.

antara artikel di dalam blog Raja Ahmad Nasir


Dimanakah Pedang Cura Simanjakini yang asli ? masih menjadi kekeliruan bagi saya yang bergelar rakyat.Tetapi saya masih percaya walaupun keliru bahawa Pedang yang asli itu kepunyaan Kerajaan Negeri Perak kerana masih ada pantang larang,dan jika dilanggar pantang itu,maut padahnya seperti yang diceritakan oleh pihak Tuanku Sultan kepada saya sendiri.


DAULAT TUANKU

Sunday, November 17, 2013

Ambil Tahu Tentang Tayar Kereta Anda

Salam..sebelum saya ulas topik ini,saya bukanlah seorang mekanik a.k.a pomen,saya hanyalah seorang pemandu dan pengguna jalanraya sama seperti orang lain.

Berdasarkan pengalaman sepanjang pemanduan saya ke Kodiang tempoh hari,setibanya saya di Tunjang (salah satu nama kawasan di jalan kodiang) ,saya terasa penjajaran tayar saya tidak seimbang/sejajar.

Setelah berhenti di bahu jalan,saya memeriksa semua tayar,dan keempat tayar berada dalam keadaan sempurna.Saya teruskan perjalanan dan tiba ke destinasi.

Sesampainay ke destinasi yang dituju,enjin kereta mengeluarkan bunyi yang sangat kasar.Sebaik membuka but hadapan,saya terkejut kerana penutup di atas enjin hilang.Sebelum balik ke kampung halaman di Perak,saya pergi ke sebuah bengkel untuk menukar minyak hitam.

Selepas selesai menukar minyak hitam,saya membuat penjajaran tayar,RM 12 Je..murah kan..semasa membuat balancing,pomen tersebut perasan tayar saya bengkak sebelah,tunggu nak meletup je.

Di dalam wallet hanya RM 130.00..aduh..nak kena tukar tayar baru juga,tayar spare tak boleh digunakan kerana berlainan saiz,nak balik jauh.

Last2 tukar juga tayar second brand Falken.Tayar second yang baru,harga RM 45.00,murah kan? Disisi tayar tersebut ada nombor 0712.Nak tahu nombor apa? tengok di bawah..

Inilah detail-detail pada tayar yang harus anda tahu.


Dan nombor pada tayar sebenarnya Minggu dan Tahun ia dibuat


Tayar kebiasaannya akan dapat bertahan sehingga 3 tahun.Selepas 3 tahun,getar di tayar akan mengeras/mati dan boleh mendatangkan bahaya pada pemanduan jarak jauh.Seperti tayar yang saya dapat,dibuat pada minggu ke 7 iaitu bulan 1 tahun 2012.jadi jangka hayat tayar saya tinggal 1 tahun lebih sahaja.


Lagi 1 tips,untuk ukur bunga tayar anda,gunakan syiling 20sen.kalau tulisan sen tu tenggelam antara bunga tayar anda,kiranya cantik lagilah bunga tayar tu.



Kita jumpa lagi pada masa akan datang.Semoga info yang saya sampaikan dapat manfaat pada anda semua.