Friday, June 8, 2012

Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu


Wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:



Raja Muda Nazrin

  • Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)





Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain



Sultan Idris Iskandar Al Mutawakkil Allallah Shah

  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara




Sultan Yussuff Izzuddin Shah

  • Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini



Sultan Abdul Aziz Al Mustasim Billah Shah

  • Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan



Sultan Iskandar Shah

  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu



Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah

  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)