Friday, January 17, 2014

Pendedahan! Awas Pendrive Kingston Tiruan !

Salam 1 Malaysia,

   Dengan hati yang tenang dan redho,saya menulis dan membongkar untuk mengelakkan pengguna di luar sana mudah ditipu.Saya telah membeli sebuah pendrive kingston 512GB (pertama kali dengar) di pasar malam.Melihat ramai orang membelinya,dengan harga yang murah ditambah pula peknya sama seperti kingston yang original membuat saya tertarik untuk membelinya.

  Saya membeli dengan harga RM 20.00 sahaja tanpa mengesyaki apa-apapun.Bila balik ke rumah,saya terus mencuba di komputer.Memang betul,memorinya adalah 512GB.Hati saya tergerak untuk format semula pendrive tersebut dan tidak berjaya untuk diformat.

   Pelbagai cara dilakukan termasuk menggunakan Command Promp tetapi masih tidak berjaya.Jenis fail sistemnya adalah exFAT.Saya tak boleh nak format atau tukar format kepada FAT atau NTFS.Jadi saya membuka pendrive tersebut dan terkejut kerana melihat motherboard/papanlitar tersebut hampir sama seperti Bluetooth USB Adapter dan nipis.Modul memorinya mencurigakan kerana IC nya hanya 8 kaki sahaja berbanding yang original (48 kaki).Barulah saya tahu ianya adalah fake atau counterfeit.

lihat gambar yang saya tangkap di bawah:

fake di kiri dan original di kanan

   Lihatlah fizikalnya,dengan warna sarungnya yang terang lagi lutsinar.Modul di atas mainboardnya pun tak sama dengan yang original di kanan tu.Dan mainboard yang fake tu ada bulatan bulat hitam tu.Saya selalu perasan benda tu semasa repair mainan budak2.Benda tu lebih kurang macam IC la tapi low class punye sebab saya tak pernah nampak dalam mainboard mana-mana alat elektronik berjenama.

  Kalau kita lihat pula fizikal mainboard ori,lengkap dengan IC yang hebat sebab kaki dia banyak,melibatkan proses yang kompleks dan banyak lagi komponen elektronik atas tu.Mainboardnya pun tebal berbanding mainboard fake tu yang nipis..warna mainboard pun lain..jom kita lihat bahagian belakangnya pula..


Bahagian belakang fake tu kosong,langsung tak ada komponen dan modul/IC/Cip memorinya berbanding yang oiginal,terdapat banyak komponen elektronik yang kecil dan 1 besar iaitu modul memori di mana data disimpan.Besar walaupun ianya cuma 2GB berbanding di fake sebelah iaitu 512GB!

Dan lagi 1 saya perasan,di kepala pendrive yang original ada cetakan.Anda lihat di bawah.


   Ada cetakan bertulis DT 101027 2GB (nombor kat atas tu saya silap taip) itu menunjukkan yang pendrive kita memang original dari kingston.Pendrive yang fake TIADA cetakan ini.


   Semoga kita berwaspada dengan dunia globalisasi sekarang,ramai mencari keuntungan dengan jalan yang mudah.Saya tidak menyalahkan peniaga tersebut kerana dia juga mencari rezeki,kalaulah dia mengaku dia adalah wakil dari kingston atau jurujual sebuah syarikat,saya sekarang akan membuat laporan polis.Bukan kerana saya kerugian RM 20.00 tu,tapi saya mahu mengelakkan orang lain tertipu sama sekali dengan membeli barangan tiruan.Semoga kite lebih berwaspada selepas ini.

  Saya kongsikan gambar external hard disk di bawah ini,penipuan yang berlaku semasa membeli barangan di pc fair yang saya jumpa di laman sosial.


gambar credit to google.



Merujuk pada website kingston.com,tiada pendrive yang berkapasiti 512GB.Lukenabeb!!!